Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, Shahrul Husna Ahmad, 23, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kandungannya juga gagal diselamatkan.








Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Abdul Shafee Abdul Samad berkata, mangsa cuba mengelak lori yang berhenti secara tiba-tiba namun gagal lalu merempuh belakang lori itu.

"Mangsa kemudiannya tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh kereta yang datang dari arah hadapan," katanya. - UTUSAN ONLINE