• Semasa

    INILAH 15 GAMBAR Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat Semalam, Gambar Last Tu PALING SADIS...





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    INILAH 15 GAMBAR Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat Semalam, Gambar Last Tu PALING SADIS...

    Hujan lebat di kawasan di sini sejak pukul 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Bangsar, Jalan Semantan dan Jalan Pudu mengalami banjir kilat.

    Harian Metro melaporkan, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, banjir itu berlau sekitar jam 7.30 malam tadi.
















    "Seramai 28 petugas berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

    "Hujan lebat melanda beberapa kawasan antaranya di sekitar Pusat Bandar, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Halim, Lebuh Raya Sultan Iskandar, Jalan Semantan, Brickfields, Bangsar, Jalan Pahang, Jalan Sentul, Jalan Tun Razak dan di beberapa kawasan lain.

    "Sehingga kini tiada kejadian lain seperti pokok tumbang dilaporkan berlaku," katanya.

    Sementara itu, Bernama melaporkan empat jalan utama terjejas akibat banjir itu.

    Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata jalan terbabit ialah Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu.

    "Hujan lebat yang bermula lewat petang ini menyebabkan jalan itu ditenggelami air sedalam satu meter.

    "Pihak bomba telah menempatkan sebanyak 28 anggota dan pegawai bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada Bernama.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad