• Semasa

    ADUH !! Mana Nak Letak Muka Ni?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    JOHOR BAHRU - Viral beberapa gambar pasangan 'Mat Salleh' mengutip sampah yang dibuang merata-rata oleh golongan individu yang tidak bertanggungjawab, cetus pelbagai reaksi netizen. 

    Gambar yang dimuat naik oleh Zaki Bai itu, mendapat 3,719 perkongsian di Facebook. 

    "Aktiviti harian pasangan mat saleh Taman Dahlia. Kutip sampah yang dibuang oleh orang kita. Mana tanggungjawab kita sendiri?" katanya.




    Menurut Nik Ahmad Faisal, pasangan berkenaan yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat, telah berpindah dan menetap di negara ini. 

    "Nama dia Uncle Mike, tak ingat nama isterinya. Setiap kali selepas berjogging, mereka akan mengutip sampah di sekitar kawasan berkenaan," katanya. 

    Sementara itu, netizen melahirkan rasa kesal dan malu mereka terhadap masyarakat kita yang tidak mementing aspek kebersihan, sedangkan itu perkara itu amat dititikberatkan dalam agama Islam. 

    "Bila aku kata Melayu kita ini pemalas, pengotor, ramai yang sentap. Aku sebut benda yang betul. Aku tahu sebab hari-hari aku kutip sampah korang. Tong sampah kat sebelah pun dibalingnya ke lantai. Dasar pemalas. Dari anak sampai ke bapak," kata Pengutip Sampah

    "Diorang mat salleh, walaupun kafir, ada juga mempraktikkan nilai kebersihan sama seperti di Jepun. Hari itu, aku pergi McD, tengok ada dua orang mat saleh Texas (berdasarkan topi cowboy diorang) lepas makan lap meja dengan tisu dan bekas/sisa makanan terus dibuat dalam tong sampah," kataRadin Fiktri.

    "Ramai orang kita hanya tahu kondem saja. Itulah kerja mereka. Itu pasal bangsa lain pemikiran serta cara hidup mereka lebih maju dan lebih 'islamik' dari segelintir orang kita siap ada nama arabik dalam surat beranak tetapi mulut dan pemikiran longkang," kata Ds Chzys

    Tidak dinafikan tahap kebersihan masyarakat kita masih berada di tahap yang rendah kerana masih ada yang beranggapan bahawa, ada individu yang ditugaskan untuk membersihkan 'segala-galanya'. Sikap seperti inilah yang membuatkan masyarakat kita kurang mementingkan kebersihan. 

    Tempat untuk membuang sampah telah pun disediakan, namun perangai malas masih menebal dalam masyarakat kita. Tidak malukah dengan pasangan mat salleh ini yang sanggup mengotorkan tangan mereka sendiri untuk mengutip sampah anda semata-mata mahu memastikan persekitaran di situ kelihatan bersih? -

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad