• Semasa

    Kedegilan Anak Sebenarnya Dibentuk Oleh Ibu Bapa





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kedegilan Anak Sebenarnya Dibentuk Oleh Ibu Bapa


    Kadang-kadang terfikir juga kenapalah anak ini macam degil dan selfish. Semuanya nak ke dia saja. Kita sudah cakap, ajar dan terangkan baik-baik serta gunakan bermacam-macam tips untuk bentuk 'obedience' dia, tetapi dia masih begitu juga. 

    Kalau main, tak mahu berkongsi. Kalau berbual, kita bercakap tentang ini, dia tak nak masuk cerita kita dan dia cerita tentang cerita dia juga. Kita ajar dia letak barang di sini, dia nak letak juga di situ. 

    Ibu-ibu dan ayah-ayah penyayang sekalian, sebenarnya mereka tidak degil. Malah tidak wujud pun 'kedegilan' dalam diri kanak-kanak. Allah telah menjadikan manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Ia adalah berkaitan fenomena Egocentrism. 

    Egocentrism atau egosentrik ini bermaksud, keterbatasan kemampuan kanak-kanak untuk melihat sesuatu dari sudut pandangan orang lain. Ia akan berterusan sehingga usia sekitar 6 - 7 tahun. 

    Bahasa mudahnya, kanak-kanak menyangka yang kita ini semua berfikir seperti mereka. Meja adalah litar lumba untuk kereta mainan mereka (kata mereka), maka mereka dengan yakin dan selamba badaknya beranggapan kita juga fikirkan perkara yang sama. Sebab itu mereka akan terus buat apa yang mereka suka buat. Habis dibawa semua kereta kenitnya ke meja kita. Bukan sebab degil. 

    Egocentrism juga menjadikan kanak-kanak tidak mampu melihat dari pelbagai perspektif. Pemikiran mereka sehala sahaja. Pendek kata, it's all about me! 

    Cuba tengok bila mereka (khususnya yang berusia 2-4 tahun) bermain dengan sepupu-sepupunya. Nampak main sekali tetapi sebenarnya mereka dengan dunia masing-masing, cuma berkongsi tempat sahaja. Yang A bercerita tentang rumput, B lazimnya tak reply tetapi akan cerita sungai pula. 

    Ia sangat berkait rapat dengan konsep Schema/Skema. InshaAllah saya akan tulis nanti. Ketaatan anak dibentuk dengan kasih sayang dan ia memang mengambil masa yang sangat panjang. Kedegilan anak sebenarnya dibentuk oleh kita. It's a fact! 

    Stay tuned, kita sama-sama terus belajar tentang fitrah kanak-kanak. InshaAllah akan lebih mudah untuk kita uruskan mereka dan emosi mereka. - Nur Firdaus 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad