• Semasa

    SAYU !! Sebulan Lagi Akan Berkahwin, Dia Pergi Tinggalkan Aku.. (3 GAMBAR)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Sebulan Lagi Akan Berkahwin, Dia Pergi Tinggalkan Aku.. (3 GAMBAR)

    Sungai Petani: Hasrat anggota polis untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 104.1, lebuh raya PLUS arah utara, di sini, awal pagi ini.



    Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, Mohd Zabani Zakaria, 25, meninggal dunia dalam kejadian kira-kira 2.50 pagi.



    Katanya, motosikal yang ditunggangi anggota itu melanggar sebelah kanan lori sebelum terjatuh lalu digilis kenderaan lain.

    "Mangsa adalah konstabel yang kini bertugas di Balai Polis Batu Feringgi, Pulau Pinang.

    "Difahamkan, mangsa akan melangsungkan majlis perkahwinan pada 31 Ogos ini," katanya ketika dihubungi, di sini.

    Md Zukir berkata, akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

    Jenazah mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

    “Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad