• Semasa

    Jururawat Dirogol & Dibuang Di Tepi Jalan.. INI KISAHNYA...





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Jururawat Dirogol &  Dibuang Di Tepi Jalan.. INI KISAHNYA...

    KAPIT - Seorang jururawat ditemui dalam keadaan separuh bogel di tepi jalan di kawasan perindustrian Bleteh, dipercayai telah dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibuang di lokasi tersebut.

    Mangsa, 22 tahun, seorang jururawat desa di sebuah pusat kesihatan di daerah itu ditemui pada jam 6.30 pagi kelmarin oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana terlalu mabuk.

    Jururawat Dirogol &  Dibuang Di Tepi Jalan.. INI KISAHNYA...


    Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freedy Bian berkata, sebelum kejadian itu, mangsa dikatakan berhibur bersama dua lagi kenalan lelaki yang baru dikenalinya di sebuah pusat karaoke sehingga awal pagi. Mangsa dipercayai mengambil minuman keras sehingga mabuk dan hanya menyedari kejadian dia terbaring di tepi jalan ketika berada di dalam ambulans untuk dihantar ke Hospital Kapit.

    "Selepas berhibur di dua buah pusat karaoke pada malam yang sama, mangsa kemudian dipercayai diperkosa oleh kedua-dua kenalannya yang dikatakan pekerja kilang. Selepas dinodai, mangsa dipercayai sengaja ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedarkan diri," katanya.

    Pemeriksaan yang dijalankan terhadap mangsa mendapati, ada kesan koyakan pada bahagian kemaluannya.

    Susulan kejadian itu, polis telah menahan dua lelaki yang masing-masing berusia 23 dan 26 tahun yang juga kenalan mangsa untuk siasatan.

    "Kedua-dua suspek ditahan di sekitar bandar beberapa jam selepas laporan polis kerana mereka antara individu terakhir dilihat bersama mangsa.

    "Berdasarkan siasatan awal, suspek mengakui berhibur bersama mangsa. Namun selepas itu mereka mendakwa mangsa telah pergi ke sebuah lagi pusat karaoke bersama individu lain," katanya.

    Polis masih menunggu keterangan daripada mangsa yang menerima rawatan di hospital bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.

    Dua suspek yang ditahan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad