• Semasa

    Ini Penjelasan Timbalan Mufti Mengenai KUBUR BERCAHAYA Yang Kini VIRAL (8 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Ini Penjelasan Timbalan Mufti Mengenai KUBUR BERCAHAYA Yang Kini VIRAL (8 Gambar) | SEREMBAN : Gambar kubur bercahaya ketika pengebumian jenazah Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Allahyarham Mohd. Khairi Zainuddin yang viral di laman sosial sebenarnya adalah kesan refleksi daripada sebuah kamera telefon bimbit.


    Timbalan Mufti negeri, Nor Azamir Alias berkata, gambar itu dipercayai dirakam pada pukul 10 pagi ketika matahari terbit.

    “Saya ada bertanya pada beberapa orang rakan yang berada di Tanah Perkuburan Islam Sena­wang sepanjang menguruskan pengebumian arwah dan tiada sebarang kejadian pelik dilaporkan berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Menurut beliau, kejadian itu berlaku secara kebetulan akibat khemah digunakan terkoyak dan cahaya masuk menerusi lubang dan terkena pada kubur tersebut.

    Ini Penjelasan Timbalan Mufti Mengenai KUBUR BERCAHAYA Yang Kini VIRAL (8 Gambar)






    " KUBUR BERCAHAYA TIADA PERKARA LUAR BIASA BERLAKU SEWAKTU PENGEBUMIAN, KATA KELUARGA

    Gambar kubur seakan mengeluarkan cahaya sewaktu pengebumian Allahyarham Mohd Khairi Zainuddin dipercayai adalah cahaya Dhuha atau akibat lensa kamera.

    Seremban: “Ia mungkin cahaya Dhuha atau lensa kamera kerana ketika pengebumian, tiada perkara luar biasa berlaku di tanah perkuburan,” kata Nazri Zainuddin, 41, adik kepada pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum (SRIIDU), AllahyarhamMohd Khairi Zainuddin. "

    Nor Azamir Alias

    Nor Azamir juga menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan bahan yang boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat luar.

    Sementara itu, seorang jurugambar profesional yang tidak mahu dikenali berkata, kejadian kubur bercahaya yang viral di laman sosial adalah disebabkan refleksi kamera diambil bertentangan dengan cahaya dan faktor matahari yang sedang terbit.

    Allahyarham Mohd. Khairi meninggal dunia kira-kira pukul 4.29 petang Selasa lalu selepas terjatuh dipercayai akibat masalah jantung ketika membeli kelengkapan murid sekolah di Bandar Baru Nilai dekat sini.

    Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak berusia antara 10 dan 18 tahun.-utusan online

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad