• Semasa

    Pelajar Tingkatan 4 Cedera Dibelasah 6 Pelajar Samseng





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Pelajar Tingkatan 4 Cedera Dibelasah 6 Pelajar Samseng | RANTAU PANJANG, KELANTAN - Seorang pelajar tingkatan empat cedera di bahagian belakang kepalanya akibat dipukul sekumpulan pelajar samseng, di Jalan Ibu Api Kampung Tasek. 

    Dalam kejadian jam 3 petang Khamis, 12 Januari, mangsa dibelasah lima pelajar dengan menggunakan kayu dan helmet sehingga mengakibatkan belakang kepala mangsa mengalami luka besar. 

    Menurut ibu saudaranya, mangsa dibelasah di dalam kelas oleh lima pelajar. Sehari selepas kejadian, mangsa sekali lagi diserang oleh seorang pelajar di luar sekolah.


    Pelajar Tingkatan 4 Cedera Dibelasah 6 Pelajar Samseng


    Ekoran dari kejadian itu, mangsa cedera di belakang kepala dan kehilangan banyak darah selain hampir pitam telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum ahli keluarganya membuat laporan polis. 


    Difahamkan mangsa enggan mendedahkan nama sekolahnya kerana mahu menjaga nama baik sekolah berkenaan. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad