• Semasa

    Sayu : Maafkan abang..Hanya 3 hari kita suami isteri setelah bertarung nyawa sayang pergi (6 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Sayu : Maafkan abang..Hanya 3 hari kita suami isteri setelah bertarung nyawa sayang pergi (6 Gambar) | IPOH:Kepenatan meraikan majlis perkahwinan mereka masih belum hilang, Allah duga pasangan ini apabila mereka berdua terlibat dalam kemalangan yang mengakibatan salah seorang dari pada mereka dijemput ilahi

    Seorang wanita yang baru berkahwin Jumaat lalu, meninggal dunia malam tadi selepas kenderaan yang dipandu suaminya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Kerian, semalam.




    Sayu : Maafkan abang..Hanya 3 hari kita suami isteri setelah bertarung nyawa sayang pergi (6 Gambar)


    Mangsa, Nur Fazlina Fazil, 25, yang parah dibawa ke Hospital Taiping (HT) namun meninggal dunia malam tadi manakala suaminya, Muhammad Hisyamudin Yunus, 25, hanya cedera ringan.

    Suasana pilu menyelubungi majlis pengebumian jenazah Nur Fazlina yang dikebumikan di Tanah Perkuburan dan Wakaf Am Islam Keriah Rapat Setia, dekat sini pada jam 10 pagi tadi. 

    Rata-rata ahli keluarga serta rakan-rakan arwah menitiskan air mata apabila Muhammad Hisyamuddin membacakan talkin dalam keadaan sebak. Dalam kejadian itu, pasangan itu difahamkan dalam perjalanan dari sini menghala ke Kulim, Kedah. 


    Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kenderaan yang dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan terbabas sebelum merempuh pembahagi lebuh raya, menyebabkan Nur Fazlina parah dan suaminya cedera ringan. Katanya, anggota bertugas turut menemui sejumlah wang tunai Rm8000 dan beberapa barangan peribadi di dalam kereta mangsa.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad