• Semasa

    Gara-Gara Buat Akaun Facebook, Wanita Ini Dibelasah Suami





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Gara-Gara Buat Akaun Facebook, Wanita Ini Dibelasah SuamiKaherah: Seorang lelaki mendera dan mengurung isterinya selepas mengetahui wanita itu membuka akaun Facebook.
    Menurut laporan, lelaki berkenaan sebelum ini tidak membenarkan isterinya memiliki akaun media sosial itu.

    Gara-Gara Buat Akaun Facebook, Wanita Ini Dibelasah Suami

    Polis berkata, Asmaa Samir didera suaminya, Mustafa Raafat yang mengikatnya dengan tali dan mengurungnya di rumah mereka selama tiga hari tanpa memberi mangsa makan atau minum.
    Tidak cukup dengan itu, Mustafa juga menyiksa isterinya menggunakan benda tajam.
    Ketika disoal siasat, lelaki itu berkata, isterinya membuka tiga akaun Faceboook dengan menggunakan nama palsu kerana ingin tahu sama ada dia bersikap curang terhadapnya.
    Mustafa mengaku dia memukul isterinya tetapi menafikan dakwaan tidak memberinya makan.
    Sehubungan itu, kebanyakan pertubuhan hak asasi wanita Mesir menggesa lelaki itu didakwa di mahkamah selepas laporan perubatan mengesahkan isterinya cedera teruk akibat didera.
    Beberapa peguam pula berkata, mereka bersedia untuk mewakili mangsa secara percuma sementara ramai pengguna media sosial mengecam tindakan Mustafa sambil menggesa pihak berkuasa memenjarakannya. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad