• Semasa

    Live Streaming TV Drama Cik Serba Tahu Astro Ria





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Live Streaming TV Drama Cik Serba Tahu Astro Ria akan datang di Astro Ria. Drama lakonan Remy Ishak , Sari Yanti, Ady Putra, Zarul Umbrella.
    Jumlah episod: 16
    Terbitan: Orange Tree Production

    drama cik serba tahu

    Nantikan Kemunculan  Drama Encik Suami Mat Salih Celup TV3

    Live Streaming TV Sinopsis Drama Cik Serba Tahu:

    “Kalau nak, semua boleh buat.”
    “Memanglah, selagi belum dapat. Cuba kalau dah dapat?”
    “Abang bukan orang macam tu la. Kalau belum dapat, berusaha bagi dapat. Bila dah dapat, genggam sampai rapat!”
    Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah? Gila ke apa???!
    “Saya nak awak tahu juga, walaupun ada rumah atas kayangan, walaupun tidur beralaskan duit ringgit, walaupun ada roket sampai ke bulan... awak masih belum boleh curi hati saya, Encik Carl!
    Saya bukan perempuan yang boleh dijual beli dengan kekayaan!”
    Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Drama Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.
    Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti
    yang dipinta oleh bapaknya?
    “Dari mula jumpa sampai sekarang, Aerna Isyqee jodoh abang. Kahwin dengan abang? Jemputan ini tamat dalam masa 15 saat...”
    “Nak!”
    “16 saat dah... Dah lewat!”
    “Abang! Na cakap nak la...”

    Jangan lupa nantikan kemunculan Drama Cik Serba Tahu di Astro Ria

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad