• Semasa

    Adik Thaqif Luah Perasaan Dalam Buku Latihan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Adik Thaqif Luah Perasaan Dalam Buku Latihan - Semalam kita dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar tahfiz yang terpaksa dipotong kedua-dua kakinya kerana didakwa telah dipukul oleh warden asrama di sebuah madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Johor.

    Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, baru sahaja mendaftar masuk ke madrasah tersebut pada 27 Januari yang lalu dan menurut ibunya pada awalnya Thaqif kelihatan gembira apabila dapat belajar di sekolah berkenaan.


    Adik Thaqif Luah Perasaan Dalam Buku Latihan


    Namun begitu sejak kebelakangan ini Thaqif mula berubah dan merayu untuk bertukar sekolah kepada ibunya.


    “Thaqif mendakwa sering dipukul di tapak kaki dan betis ketika sujud oleh pembantu warden asrama berkenaan.

    “Melihat dia dalam keadaan sedih dan seolah-olah takut kembali ke sekolah, saya kemudian mengeluarkannya dari madrasah itu, pada 31 Mac,” ujar ibunya ketika ditemui Harian Metro.

    Selain itu, seorang saudara Thaqif turut kongsikan sebuah catatan yang ditulis Thaqif di dalam sebuah buku latihannya.

    Daripada catatannya itu, Thaqif kelihatan dalam keadaan tertekan dan menceritakan dia ditumbuk tanpa sebab, dipaksa mencuci talam dan cawan walaupun bukan gilirannya.
    Selepas Kaki Dipotong, Kuman Merebak Ke Tangan

    Dalam masa yang sama ibunya, Felda Wani Ahmad, 40, telah mengemas kini status facebook terbarunya berkenaan keadaan Thaqif selepas pembedahan pemotongan kaki kelmarin.

    Daripada status tersebut, ibunya memberitahu kuman telah merebak dengan cepat sehingga menyebabkan tangan kanan Thaqif membengkak dan mula kehitaman.


    Susulan itu pihak hospital telah meminta kebenaran daripadanya untuk melakukan pembedahan bagi mengurangkan kesakitan dan tekanan.

    Sementara itu dalam perkembangan lain, pembantu warden tersebut kini telah direman selama empat hari oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Semoga Thaqif dan keluarganya tabah dalam menempuh ujian ini dan diberikan kekuatan oleh Allah swt.

    Sumber: VITDAILY

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad