• Semasa

    Aidin, bayi ajaib memulakan kehidupan yang baru selepas ditikam dan ditanam hidup-hidup





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Aidin, bayi ajaib memulakan kehidupan yang baru selepas ditikam dan ditanam hidup-hidup - Seorang bayi lelaki, Aidin, bernasib baik masih hidup walaupun ditikam 14 kali dan ditanam dalam tanah. Lebih menggembirakan, kini bayi ini diambil oleh sepasang suami isteri daripada Sweden untuk dipelihara sebagai anak angkat. Bayi berusia tujuh bulan ini, ditanam dalam tanah hidup-hidup sedalam lapan inci di wilayah Khon Kaen, Thailand pada Februari 2016 yang lepas.

      Aidin, bayi ajaib memulakan kehidupan yang baru selepas ditikam dan ditanam hidup-hidup

    Aidin, bayi ajaib memulakan kehidupan yang baru selepas ditikam dan ditanam hidup-hidup


    Hasil bedah siasat mendapati, bayi malang ini telah ditanam beberapa ketika selepas dilahirkan. Sememangnya bayi ini tercedera teruk dan hampir mati akibat perlakuan yang tidak berperikemanusiaan ini. Mujur, seorang warga tempatan dikenali sebagai Kachit Krongyut terjumpa sesuatu yang agak pelik di bawah sebatang pokok. Apabila Aidin menangis dalam keadaan kesakitan, Kachit bertindak pantas bagi mendapatkan bantuan. Dengan menggunakan tangan, Kachit mengorek tanah tersebut bagi menyelamatkannya lalu dibawa ke hospital dengan pantas. Tindakan awal daripada Kachit telah berjaya menyelamatkan bayi ini.

      Aidin, bayi ajaib memulakan kehidupan yang baru selepas ditikam dan ditanam hidup-hidup

    Menurut doktor, tekanan tanah terhadap badan si bayi telah menyelamatkannya daripada berlaku pendarahan yang teruk. Kachit pada awalnya menyangkakan makhluk tertanam itu ialah haiwan dan terkejut apabila rupa-rupanya adalah seorang bayi. Selepas berjaya dipulihkan, Aidin dibawa kepada sebuah rumah anak-anak yatim piatu dan kini dibawa ke Sweden oleh ibu bapa yang baru.

      bury4 

     Kachit dan para staf rumah anak-anak yatim gembira dengan perkembangan positif tersebut. - Era Baru

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad