Awan Ala ‘Paddle Pop’ Muncul Di Teluk Cempedak

Awan Ala ‘Paddle Pop’ Muncul Di Teluk Cempedak

Awan Ala ‘Paddle Pop’ Muncul Di Teluk Cempedak | KUANTAN – Penduduk di sekitar kawasan Teluk Cempedak, di sini, disajikan dengan keindahan fenomena pembentukan pelangi luar biasa ala ‘Paddle Pop’ yang dikenali sebagai fenomena Pelangi Api.

Rata-rata penduduk yang sempat menyaksikan kejadian awan berwarna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu itu tidak melepaskan peluang merakam gambar dan dimuat naik ke laman sosial.

Awan Ala ‘Paddle Pop’ Muncul Di Teluk Cempedak


Kejadian itu dirakam kira-kira jam 4.30 petang berhampiran sebuah pusat membeli belah di sini.
Difahamkan, kejadian awan yang sangat indah itu terbentuk secara kebetulan apabila cahaya pembiasan matahari bertembung dengan kritsal air daripada awan sirus yang berada di atmosfera.
Pembiasan cahaya tersebut akan menghasilkan warga pelangi cantik, ia sama seperti proses pantulan warna yang dihasilkan melalui bongkah spektrum.
“Ia berlaku apabila awan komulus meruap lembapan udara ke lapisan yang lebih tinggi di atmosfera, menyebabkan ia membeku lalu terbentuknya awan pileus.
“Awani pileus yang memeluwap ini kemudiannya menghasilkan titisan air dengan serentak menyebabkan sinaran cahaya matahari yang melaluinya memantulkan tujuh jenis warna,” katanya pakar optik, Dr. Les Cowley.
Sementara itu laman Facebook Agensi Sekitaran Kebangsaan Singapura (NEA) pada April lalu mengatakan fenomena pelangi api itu juga dikenali sebagai lengkok lilitan melintang.
“Ia sebenarnya halo-halo ais terbentuk hasil pembiasan cahaya matahari (atau ada kalanya cahaya bulan) di kristal ais berbentuk seperti piring yang tergantung di atmosfera,” jelas NEA.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "Awan Ala ‘Paddle Pop’ Muncul Di Teluk Cempedak"