• Semasa

    "Bila adik balik? Habis tu, siapa yang duduk dalam kereta tu?!"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "Bila adik balik? Habis tu, siapa yang duduk dalam kereta tu?!"

    "Bila adik balik? Habis tu, siapa yang duduk dalam kereta tu?!" - 1. Salam semua. Masa ini, aku diploma dan tinggai di hostel. Mak abah pergi umrah, jadi adik-adik tinggal di rumah dengan maid saja. Mak pesan, kalau weekend baliklah tengok adik-adik. Jadi, weekend itu aku pun baliklah dengan member aku. 

    Malam itu, adik bongsu ada tuisyen di sekolah dia. Kebiasaannya, mak atau abah yang akan hantar dan ambil dia. Tetapi malam itu aku yang kena hantar dan ambil dia, memandangkan aku saja yang boleh memandu pada masa itu. 


    "Bila adik balik? Habis tu, siapa yang duduk dalam kereta tu?!"


    Waktu siang itu, mak ada call, borak sikit dan tanya khabar. Dalam masa yang sama mak pesan jangan lupa ambil adik. 

    "10 atau 15 minit sebelum habis tuisyen, pergilah," kata mak. 

    "Ha ye mak. C'mon, takkanlah lupa?" balas aku. 

    "Mak cuma pesan saja," katanya lagi. 

    Tuisyen adik bermula jam 8 malam sehingga 10.00 malam. Aku pun hantarlah dia, kemudian balik ke rumah semula. Balik itu, aku pun makan dengan member. Dalam jam 9 malam, kami dok layan tv saja memandangkan tak ada apa nak buat. Maid seperti biasa, jam 9.30 malam dah masuk bilik, tidur. 

    Nak dijadikan cerita, best pula movie malam itu. Tengah kami tergelak-gelak tengok tv, tiba-tiba aku rasa semacam. Nak kata lapar, tadi dah makan. Aku pun pandanglah jam, rupa-rupanya dah jam 10.10 malam! 

    Aku pun apa lagi, terus bergegas turun ambil kunci kereta dan terus pergi! Habis semua bonggol aku langgar, terbang segala benda dalam kereta aku. Aku dah fikir macam-macam dalam kereta sambil mulut berkata "matilah aku! matilah aku!". Kalau ada apa-apa terjadi pada adik aku, memang aku takkan maafkan diri sendiri. Sudahlah dia perempuan. Masa itu juga terus teringat pesanan mak siang tadi. 

    Sampai saja di sekolah, tengok semua dah gelap. Yang bercahaya hanyalah pondok pengawal sahaja. Lagilah aku sumpah seranah diri sendiri. Macam manalah boleh terlupa. 

    Mana adik aku? Sudahlah handphone tertinggal. Macam mana nak tahu adik aku dah ada di rumah ke belum? Aku tunggulah dalam 5-10 minit dengan harapan dia buat kerja gila main sorok-sorok sambil nak sedapkan hati sendiri. Tapi tak ada. Adik aku tak keluar. 

    Aku pun terus pecut balik ke rumah dengan harapan dia sudah balik ke rumah. Sampai saja di rumah, aku nampak kasut dia. Buka saja pintu, terus aku jerit, 

    "ADIKKK!!!!" 

    "NGAH!!!" jawabnya. 

    Dah macam drama pula? Cuma aku tak peluklah sebab aku memang jenis awkward nak manja-manja. Tapi dalam hati aku memang nak peluk cium dia dah. Aku bersyukur sangat-sangat sebab dia selamat balik ke rumah. 

    Katanya, dia tumpang kereta kawan sebab mak kawan dia risau tengok dia seorang diri. Ada selisih dengan aku tetapi aku tak perasan sebab aku tengah fokus 200% pemanduan aku nak sampai ke sekolah. 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad