• Semasa

    Dah Takde Jodoh - Bekas Teman Lelaki Hadir Hari Perkahwinan, Peluk Erat Bekas Kekasih Atas Pelamin





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Dah Takde Jodoh - Bekas Teman Lelaki Hadir Hari Perkahwinan, Peluk Erat Bekas Kekasih Atas Pelamin

    Dah Takde Jodoh - Bekas Teman Lelaki Hadir Hari Perkahwinan, Peluk Erat Bekas Kekasih Atas Pelamin - Apa perasaan anda, setelah bertahun-tahun menyemai kasih menabur rasa cinta, menyulam rindu tiba-tiba, kekasih hati berkahwin dengan orang lain?

    Itulah yang dirasakan oleh lelaki dalam foto di atas. Gara-gara terlalu sebak mengenangkan kenangan-kenangan lalu, dia memeluk erat bekas bekas kekasihnya sambil menangis.

    Menurut anda, apa perasaan jika sudah bertahun-tahun bercinta namun akhirnya harus merelakan kekasih berkahwin dengan orang lain?

    Dah Takde Jodoh - Bekas Teman Lelaki Hadir Hari Perkahwinan, Peluk Erat Bekas Kekasih Atas Pelamin


    Patah hati, sedih, keliru, marah, mungkin itu yang akan dirasakan. Semuanya bercampur aduk menjadi satu dan mungkin inilah yang dirasakan lelaki di dalam foto tersebut.

    Ya, dia seperti sedih dirinya harus menyaksikan bekas kekasihnya dipinang oleh lelaki lain. Ini dapat terlihat dari foto yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Aneverwin, pada 26 Februari 2017 lalu, diolah dari TribunnewsBogor.com.

    Aneverwin memeluk erat bekas kekasihnya ketika berada di pelamin. Tidak hanya Aneverwin, bekas kekasih perempuan turut merasakan kesedihan. Bekas kekasihnya itu dilihat mengusap air matanya usai berpelukan dengan bekas kekasih.

    “Bertahun-tahun bercinta. Akhirnya disunting orang lain”. Begitulah bunyi kapsyen foto tersebut.

    Netizen yang memberi reaksi pada foto ini turut rasa sedih. Ada yang mengaku hampir menangis melihatnya.

    “Sedih sekali, jangan ikut menangis juga,” tulis Izmi Ziwe Zumi.

    Sementara netizen lainnya cuba untuk memberi semangat kepadanya.

    “Sabar, jodoh di tangan yang maha kuasa. Kita menjalani Allah yang menentukan. Cubaaan semua ada hikmah,” tulis Muh Ridho.

    “Jejaka ini hatinya mulia, jaga jodoh orang. Tetaplah ikhlas agar dapat pahala,” komen MMas.
    “Aku juga bercinta 9 tahun tapi berkahwin dengan orang lain. Juga bukan jodoh,” komen Waode Mastiaty.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad