• Semasa

    Datuk Seri Vida Hari Ini Sah Bercerai Talak Satu Dengan Suami, Fairuz Ahmad Zainuddin





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Datuk Seri Vida Hari Ini Sah Bercerai Talak Satu Dengan Suami, Fairuz Ahmad Zainuddin

    Datuk Seri Vida Hari Ini Sah Bercerai Talak Satu Dengan Suami, Fairuz Ahmad ZainuddinKUALA LUMPUR: Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida hari ini sah bercerai talak satu dengan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin.

    Beliau memberitahu BH Online perceraian itu dibuat secara baik selepas tiada kesepakatan untuk berbaik semula antara mereka.

    Datuk Seri Vida Hari Ini Sah Bercerai Talak Satu Dengan Suami, Fairuz Ahmad Zainuddin


    "Saya yakin ini adalah jalan yang terbaik bagi kami. Saya juga percaya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

    "Perasaan saya bercampur baur dan sukar untuk saya gambarkan, tetapi saya bersyukur semua sudah berakhir," katanya.

    Beliau berharap semua spekulasi mengenai perceraiannya akan berakhir dan mahu terus ke depan.

    Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 46, berkata mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, kira-kira jam 10 pagi ini.

    Khabar mengenai perkahwinan beliau dengan Fairuz, 39, kononnya sudah berakhir bertebaran sejak lebih dua minggu lalu.

    Pengasas produk kecantikan Vida Beauty itu berkata, beliau ditemani seorang teman rapat dan pegawai peribadinya dalam prosiding perceraian itu.

    Vida mengenakan pakaian serba hitam dan mengaku tidak memaklumkan kes perceraian itu kepada media kerana bimbang diserbu di mahkamah.

    Vida berkahwin dengan Fairuz, yang juga perkahwinan ketiga wanita itu, pada Januari 2014. - BH Online

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad