• Semasa

    "Dia Pegang Bahagian Sulit Anak Saya" Ramai Anggap Perkara Ini Remeh, Tapi Boleh Beri Impak Kepada Anak-Anak





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "Dia Pegang Bahagian Sulit Anak Saya" Ramai Anggap Perkara Ini Remeh, Tapi Boleh Beri Impak Kepada Anak-Anak - Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, kanak-kanak sudah terdedah dengan pelbagai perkara sama ada positif mahupun negatif. Keadaan ini agak membimbangkan kerana kanak-kanak mudah terdedah dan terpengaruh dengan benda negatif jika tidak dipantau oleh ibu bapa.

    "Dia Pegang Bahagian Sulit Anak Saya" Ramai Anggap Perkara Ini Remeh, Tapi Boleh Beri Impak Kepada Anak-Anak
    Gambar Hiasan


    "Dia Pegang Bahagian Sulit Anak Saya" Ramai Anggap Perkara Ini Remeh, Tapi Boleh Beri Impak Kepada Anak-Anak


    Hal ini sebenarnya tidak boleh dipandang remeh kerana ianya merosakkan pemikiran kanak-kanak. yang sedang membesar dan apabila mereka meningkat remaja ianya akan menambahkan gejala sosial yang ketika ini juga sangat meruncing. Seorang jururawat Bel Nawhen berkongsi isu ini yang jarang dibincang terutamanya di kalangan ahli keluarga.

    BERNAFSU

    "Dia pegang bahagian sulit anak saya" ujar seorang ibu

    "Rakan anak pengasuh saya, datang rumahnya dan bawa anak saya berdua dalam bilik, siap kunci bilik." adu seorang ibu lagi.

    "Papa duduk atas kita, papa ajak main kawin-kawin" lurus si anak memberitahu.

    "Mommy, kawan kita semalam pegang bontot kita" ujar anak saya.

    Dialog di atas itu antara beberapa kes pedofile, haruan makan anak dan kelakuan tidak semenggah remaja dan kanak-kanak masa kini.

    Semua kerana pengaruh media elektronik yang tidak dikawal dan pornografi yang berleluasa. Belum lagi beberapa application yang mampu mempengaruhi remaja untuk mencuba.

    Apabila ditegur, senang sahaja jawapan sesetengah ibu bapa

    "Ala...Budak-budak bergurau je tu,"

    "Budak kecik tahu apa, kadang-kadang mereka buat sebab terikut je tu. Nanti dah dimarah, tak buat lagi lah tu"

    "Biasalah benda macam tu sekarang. Jangan duduk kat gua sangat"

    Kalian tahu tak, ada perkara yang boleh mendatangkan trauma kepada kanak-kanak?

    Kalian tahu atau tidak, bermula dengan menyentuh bahagian sulit sahaja boleh menyebabkan perlakuan yang lebih advance oleh si pelaku.

    Ada, seorang kanak-kanak umur 5tahun memberitahu bahawa sepupunya umur 9tahun main jilat-jilat di bahagian kemaluannya. Dan paling sedih, nenek mereka langsung tidak mahu ambil pusing. Gurauan anak-anak katanya.

    Ada beza bergurau dan keinginan untuk mencuba disini. Bergurau sesama sepupu walau berapa usia tidak harus melibatkan alat sulit. Dan rasa ingin mencuba itu bakal mempengaruhi perkembangan sosial mereka kelak. Asal nampak mereka yang berlainan jantina, nafsu mula mencanak naik.

    Sebab itu saya bilang, jadi ibu bapa perlu alert dengan perubahan sikap anak-anak. Kadangkala perubahan ini adalah kesan dari emosi yang dipendam.

    Ambil masa untuk berbincang dengan anak-anak.

    Women to women talk

    Men to men talk.

    Notakaki;
    Bersama bendung salah laku remaja. Melentur buluh biar dari rebungnya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad