• Semasa

    Foto-foto perjalanan terakhir Shahrull Nizam sebelum disemadikan dibumi Australia (8 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Foto-foto perjalanan terakhir Shahrull Nizam sebelum disemadikan dibumi Australia (8 Gambar)

    Foto-foto perjalanan terakhir Shahrull Nizam sebelum disemadikan dibumi Australia (8 Gambar) - Kuala Lumpur : Jenazah seorang warga Malaysia, Mohammad Syahurilnal Shahrull Nizam, 27, yang meningal akibat virus Influenza Streptococcus di The Northern Hospital, Epping, Melbourne, Australia, selamat dikebumikan di Fawkner Crematorium and Memorial Park, Melbourne, Australia, di sini, semalam.
    Rakan mangsa yang turut berada di Australia, Nurfalany Mustapha, 33, ketika dihubungi berkata, jenazah selamat dikebumikan pada jam 12.30 tengah hari waktu Australia atau 10.30 pagi, waktu Malaysia.


    Foto-foto perjalanan terakhir Shahrull Nizam sebelum disemadikan dibumi Australia (8 Gambar)


    “Alhamdulillah, majlis pengebumian arwah berjalan lancar atas bantuan ramai pihak termasuk pihak pengurusan tanah perkuburan yang memudahkan urusan itu.
    “Lebih 40 orang termasuk bapa saudara, rakan sekerja dan beberapa rakyat Malaysia di sini (Australia) menghadiri majlis pengebumian berkenaan,” katanya, semalam.






    Terdahulu, arwah yang bekerja sebagai pengutip anggur di sebuah ladang di Mildura, Victoria, meninggal dunia selepas mengalami masalah sakit kepala yang teruk sejak tiga minggu lalu.
    Mangsa kemudian dikatakan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia selepas virus berkenaan menyebabkan hampir keseluruhan otaknya mati, Khamis lalu.
    Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak dapat membawa pulang jenazah ke Malaysia selain turut memerlukan RM80,000 bagi membayar kos perubatan dan pengebumian arwah di sana.
    Menurut Nurfalany, walaupun masih belum dapat mengumpulkan wang secukupnya untuk kos pengebumian, pihak pengurusan tanah perkuburan membenarkan jenazah dikebumikan terlebih dulu.
    “Setakat ini, memang terdapat bantuan kewangan hasil sumbangan orang ramai, namun akaun bank itu dibekukan selepas menerima banyak transaksi dalam tempoh singkat.
    “Bapa saudara mangsa yang berada di sini, akan berurusan dengan pejabat Kedutaan Malaysia di Australia esok (hari ini), termasuk memudahkan urusan pengeluaran wang dan sijil kematian berikutan hari ini (semalam) adalah cuti umum,” katanya.
    Sementara itu, ibu mangsa, Che Sharina Shahid, 48, bersyukur urusan pengebumian anak sulungnya dipermudahkan.
    “Sebelum sakit, arwah sempat berpesan dengan saya dan adiknya untuk tidak membawa pulang jenazahnya ke Malaysia,” katanya. Al fatihah 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad