(Foto) Perut Monyet Boroi Melampau Akibat Terlalu Suka Makan

(Foto) Perut Monyet Boroi Melampau Akibat Terlalu Suka Makan

(Foto) Perut Monyet Boroi Melampau Akibat Terlalu Suka MakanTHAILAND - Berat seekor monyet yang dikenali sebagai Uncle Fatty kini telah mencecah 15kg - dua kali ganda berbanding monyet spesis yang sama - gara-gara tabiatnya yang suka makan dan sering meminta makanan dari pelancong.

Kelibat Uncle Fatty boleh dilihat berkeliaran di sebuah pasar di Bangkok dan akibat dari tabiaat itu, perutnya membuncit secara melampau.

(Foto) Perut Monyet Boroi Melampau Akibat Terlalu Suka Makan


Tinjauan oleh pihak hidupan liar negara itu baru-baru ini mendapati Uncle Fatty dilihat memakan jagung, mee, tembikai, kelapa dan pelbagai jenis minuman yang diberi oleh pengunjung di pasar terbabit.

Susulan keadaannya mencecah tahap obesiti, Uncle Fatty telah dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kumpulan konserversi yang dikenali sebagai Pencinta Monyet itu berkata, hasil pemeriksaan mendapati keadaan kesihatan Uncle Fatty tidak membimbangkan.

"Ia cuma gemuk tetapi kesihatannya baik, beratnya yang keterlaluan itu kerana memakan apa saja yang diberi pengunjung pasar," kata wakil kumpulan itu, Kawinoat MongKholtechaphat.

Bagaimanapun, Taman Negara, Hidupan Liar dan Konservasi telah memindahkan Uncle Fatty ke Pusat Hidupan Liar Nakhon Nayok untuk menjalani pemerikaan kesihatan terperinci.





Sumber: Siakap keli

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "(Foto) Perut Monyet Boroi Melampau Akibat Terlalu Suka Makan"