• Semasa

    "Haa! Mana kau nak pergi setan?" - Lelaki kejar pencuri kereta sampai terbabas





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "Haa! Mana kau nak pergi setan?" - Lelaki kejar pencuri kereta sampai terbabas

    "Haa! Mana kau nak pergi setan?" - Lelaki kejar pencuri kereta sampai terbabas - MERSING, JOHOR - Rakaman video orang awam mengejar pencuri kereta, viral di media sosial semalam. 

    Lapor Sinar Harian, suspek berjaya diberkas selepas melarikan diri kira-kira 80 kilometer. 

    Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Cyril Edward Nuing berkata, tindakan pantas pihaknya dengan bantuan orang awam itu kelmarin berjaya menggagalkan cubaan suspek melarikan kereta Perodua Myvi yang telah diubahsuai kepada Passo. 


    "Haa! Mana kau nak pergi setan?" - Lelaki kejar pencuri kereta sampai terbabas


    "Sebaik menerima laporan daripada pengadu, Bilik Kawalan Daerah Mersing telah mengatur Ops Tutup dengan bantuan anggota dari Balai Polis Kahang. 

    "Suspek berjaya ditahan di Pekan Kahang, Kluang bersama kereta mangsa," katanya. 

    Difahamkan, mangsa hanya mengetahui keretanya hilang selepas dimaklumkan rakan, keretanya yang baru diparkir jam 8.15 pagi tadi sudah tiada di tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Ismail, Mersing. 


    Siasatan awal mendapati, suspek berusia 31 tahun itu beralamat dari Bahau, Negeri Sembilan dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan. 

    Suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Mersing untuk pertuduhan esok (hari ini).


    Sementara itu di media sosial, netizen memuji tindakan berani pemandu berkenaan yang mengejar suspek sehingga berjaya diberkas. Malah netizen teruja mendengar ulasannya sepanjang tempoh kejar mengejar itu. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad