• Semasa

    Harga Baru Minyak Bermula 6.4.2017





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Harga Baru Minyak Bermula 6.4.2017 - Harga runcit bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen dan 2 sen seliter manakala diesel turun 3 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

    Harga Baru Minyak Bermula 6.4.2017

    Harga Baru Minyak Bermula 6.4.2017

    Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik tiga sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.16 seliter berbanding RM2.13 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.43 berbanding RM2.41 sebelum ini.

    Harga baru diesel pula turun 3 sen menjadikan harga jualannya RM2.08 seliter berbanding RM2.11.

    Harga baru bahan api itu berkuat kuasa dari 6 April 2017 hingga 12 April 2017 selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad