• Semasa

    Ibu Mati & Ayah Kandung ‘Hilang’ Selama 24 Tahun, RESPON Anak Bila Ingin Dipertemukan Semula MENGEJUTKAN !!





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Ibu Mati & Ayah Kandung ‘Hilang’ Selama 24 Tahun, RESPON Anak Bila Ingin Dipertemukan Semula MENGEJUTKAN !!

    Ibu Mati & Ayah Kandung ‘Hilang’ Selama 24 Tahun, RESPON Anak Bila Ingin Dipertemukan Semula MENGEJUTKAN !!Menurut UNICEF, statistik pada tahun 2004 menunjukkan terdapat lebih 143 juta anak yatim dan juga anak yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka di kebanyakan 93 negara membangun seluruh dunia.

    Kebanyakan kanak-kanak ini diletakkan di rumah anak-anak yatim ataupun rumah penjagaan angkat sambil menunggu keluarga baru yang mungkin akan menerima mereka seadanya.

    Ibu Mati & Ayah Kandung ‘Hilang’ Selama 24 Tahun, RESPON Anak Bila Ingin Dipertemukan Semula MENGEJUTKAN !!


    Namun, apa yang menyedihkan adalah tidak semua kanak-kanak menikmati kebahagiaan di rumah baru manakala bagi kanak-kanak yang berada di rumah penjagaan pula, kebanyakan daripada mereka terseksa kerana didera. Ada juga berita-berita mengejutkan di mana kanak-kanak ini meninggal dunia di bawah penjagaan keluarga angkat.

    Seorang pengguna Reddit yang menggunakan nama justjackson merupakan salah seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.

    Ibunya merupakan seorang penagih dadah manakala ayahnya pula jarang untuk pulang ke rumah. Ketika masih berusia 2 tahun, dia sudah terbiasa dengan ibunya yang sering tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah sehinggalah suatu hari, ibunya tidak bernyawa lagi.

    Di saat itu, dia sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada seorang bapa namun bapanya mengambil keputusan untuk mengabaikan anaknya.

    Bermula detik itu, dia tinggal di rumah penjagaan anak yatim. Walaupun pernah dijaga oleh keluarga angkat, realiti kehidupannya tidak begitu menjamin kebahagiaan yang diinginkan oleh seorang kanak-kanak sepertinya.

    Beberapa tahun kemudian, dia dikejutkan apabila bapa kandung menghubunginya melalui Facebook dan meluahkan keinginan untuk menyatukan semula hubungan anak-beranak yang terpisah.

    Dia telah menghantar satu pesanan yang jujur dan mungkin akan memberi kesan sepanjang hayat kepada ayahnya:

    Dear Jack,

    Saya berusia 24 tahun dan saya bukan lagi anak kecil yang akan menangis apabila ditinggalkan oleh bapa kandungnya. Saya adalah seorang lelaki dan mempunyai seorang anak lelaki dan anak perempuan. Tidak sekali pun saya meluangkan waktu hujung minggu tanpa anak-anak dan isteri tercinta. Saya seorang ayah dan sememangnya ayah yang sangat baik. Saya tidak perlukan awak lagi.

    Pernah satu ketika, saya memerlukan awak. Apabila ibu meninggal, kehadiran seorang ayah adalah sangat diperlukan tetapi tiada siapa yang kisah tentang kami. Selama tiga hari saya berada di dalam rumah, makan roti bakar dan menunggu ibu untuk bangun.

    Kemudian mereka menghubungi awak kerana awak adalah bapa kandung saya. Awak masih muda, berusia 23 tahun pada ketika itu. Sekiranya awak datang dan mengambil saya, awak pasti memiliki seorang anak lelaki dan saya akan menyayangi awak seumur hidup saya.

    Tapi tidak! Awak mengabaikan saya. Saya dihantar ke orang yang tidak sayangkan saya. Mereka tidak melayan saya dengan baik. Saya ada kesan lecur pada lengan saya dan saya sangat takut berada di tempat yang gelap dan sempit kerana pernah dikurung di dalam almari.

    Saya tidak boleh bergantung kepada sesiapa. Saya sering berdoa agar seseorang akan datang untuk menyelamatkan saya. Saya juga selalu menyorok di bawah katil dan berdoa agar bapa angkat saya tidak datang ke bilik hanya untuk satu malam. Satu malam sahaja sudah mencukupi bagi saya.

    Saya pernah tinggal di tujuh rumah yang berlainan dari umur 4 tahun hingga 16 tahun tetapi saya tidak pernah dianggap sebagai keluarga. Tidak pernah meraikan ulang tahun kelahiran, sambutan Hari Natal dan tidak dibenarkan untuk mengambil makanan di dalam peti sejuk sesuka hati.

    Pada usia 16 tahun, saya dan bapa angkat bergaduh disebabkan oleh sandwich. Disebabkan hal itu, saya lari dari rumah. 16 tahun, tiada tempat mengadu dan hanya mempunyai beberapa keping duit di dalam poket. Apa-apa boleh terjadi kepada saya.

    Tetapi akhirnya saya berjaya melalui segala dugaan hidup. Saya seorang lelaki dewasa sekarang dan saya tidak perlukan seorang ayah seperti awak. Saya bukan mahu membuat awak rasa bersalah. Saya cuma nak awak tahu mengapa saya tidak boleh menjadi anak awak. Selama 24 tahun, saya tidak pernah menjadi anak kepada sesiapa.

    – Jackson –

    Kisah benar yang begitu menyedihkan dan menyayat hati sesiapa sahaja. Sebagai seorang ibu bapa, kita tidak harus mengabaikan keperluan dan kebajikan anak-anak. Ambil kisah Jackson sebagai pengajaran dan peringatan supaya anak-anak kita tidak mengalami nasib sebegitu.

    Sumber: Era Baru

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad