• Semasa

    Ibu² yang sedang berpantang, jangan kerap tidur dalam bilik 'berair-cond'





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Ibu² yang sedang berpantang, jangan kerap tidur dalam bilik 'berair-cond'

    Ibu² yang sedang berpantang, jangan kerap tidur dalam bilik 'berair-cond'


    LANGGAR PANTANG

    Tidur dalam bilik beraircond. Alasan wajib yang selalu saya dengar:
    1. Anak (bukan newborn ya) tak tahan panas
    2. Newborn tak tahan panas
    3. Ibu tak tahan panas
    4. Suami tak tahan panas

    Nasihat saya:
    • Tidurlah dalam bilik beraircond biarpun temperature hanya 25°C dikira sejuk ya.
    • Ibu-ibu yang tidur dalam bilik beraircond sekup kepala, pakai stokin, pakai baju lapis-lapis dikira bersejuk ya.
    • Ibu-ibu dalam pantang yang kerap beraircond, malah tidur dalam aircond mudah terkena serangan bentan urat (demam menggigil seluruh badan), meroyan urat (simptom arthiritis - sakit-sakit sendi) dan meroyan bulu (mudah rasa seram sejuk) selepas bersalin.

    Nasihat saya:
    • Jika anak-anak yang sudah besar dan suami anda tak tahan tidur tanpa aircond, anda perlulah berkorban tempat dengan tidur di tempat lain sepanjang pantang 44 hari.

    Berpisah tempat tidur 44 hari bukan bermaksud anda buang anak-anak yang lain. Ia adalah tanda kesungguhan anda untuk cepat sembuh supaya genap 44 hari berpantang. Anda menjadi ibu yang lebih sihat dan mampu luangkan banyak masa berkualiti dengan anak-anak.

    Kadang-kadang bila melihat balik ibu yang dah dihinggap sakit melunai selepas tamat tempoh berpantang, saya menyaksikan sendiri betapa mereka "rimas" dengan kehadiran anak-anak kerana si ibu sibuk melayan sakit-sakit badan yang tak surut-surut selepas bersalin.

    Newborn dilahirkan dari kantung ketuban yang panas. Mereka dah biasa berpanas selama 10 bulan dalam perut ibu. Jadi alasan bayi tak tahan panas lebih kepada observation ibu pada ruam-ruam di badan bayi dan rengekan bayi.

    Sebab itu ibu-ibu kita dahulu dia tak tala kipas pada anak-anak baru lahir. Dia pakaikan anak bedak sejuk. Selepas itu dipakaikan baju anak kapas nipis. Bedungnya juga dari kain batik/pelikat lusuh. 

    Zaman sekarang anak di fashionkan gaya anak lahir di UK. Mana budak tak mengamuk. Yang suaminya pula. Kalau nak tidur dengan isteri, kenalah berkorban. Belajar tidur tanpa aircond dengan kipas yang seminima mungkin. Jangan sibuk menggelar isteri derhaka, kerana wanita yang banyak beraircond lambat laun akan melalui frasa mati putik di mana mereka akan menjadi lebih derhaka apabila mereka langsung tak ada nafsu untuk bersama dengan anda.

    Cuba jadi jantan sejati sikit. Fikirkan khasiat berpantang ini untuk jangka masa panjang. Demi keharmonian rumahtangga kalian sehingga terputus nyawa.

    Buat ibu-ibu muda yang akan berpantang, siap-siap beli kipas tangas. Jangan cuba dilangkah pantang larang nan satu ni. Jangan jadikan badan anda sebagai bahan ujikaji kerana sekali badan dah mula sakit-sakit akibat tidak berpantang, ubatnya mahal. Kesannya berpanjangan. Anda akan tua sebelum usia.

    Fikir-fikirkan. Biar merana 44 hari dari merana 44 tahun.

    Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana-mana pihak copy paste mana-mana status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan wanita. Terima kasih.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad