• Semasa

    Identiti 6 maut tragis 7.30 pagi tadi .. Angkara treler terbabas hempap kereta mereka (8 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Identiti 6 maut tragis 7.30 pagi tadi .. Angkara treler terbabas hempap kereta mereka (8 Gambar)
    Identiti 6 maut tragis 7.30 pagi tadi .. Angkara treler terbabas hempap kereta mereka (8 Gambar) -  KUALA KUBU BHARU : Enam maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dihempap treler yang terbabas di KM403.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim, pagi tadi.

    Mangsa yang terbunuh ialah Lam Leong Choy, 76, Low Wai Loon, 46, Lam Jie Yang, 19, Wong Check Lee, 53, Lam Jie Hong, 13, dan Lam Wai Keat, 38.


    Identiti 6 maut tragis 7.30 pagi tadi .. Angkara treler terbabas hempap kereta mereka (8 Gambar)


    Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata, treler membawa muatan tanah yang menghala ke arah utara itu, dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum menghempap MPV jenis Ssangyong di laluan yang sama.

    "Dalam kejadian 7.40 pagi itu, semua mangsa mati di tempat kejadian. Polis masih menyiasat pertalian hubungan mangsa yang terkorban," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
    Identiti 6 maut tragis 7.30 pagi tadi .. Angkara treler terbabas hempap kereta mereka (8 Gambar)






    Supramaniam berkata semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. 
       
    Beliau berkata, pemandu treler Muhammad Syahrul Nizam Anuar, 27 tidak mengalami kecederaan dan kini dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Hulu Selangor untuk menjalani ujian air kencing dan darah.

    "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian," katanya.

    Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.42 pagi dan enam  anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dihantar ke lokasi kejadian.

    "Anggota bomba mengambil masa satu jam lima belas minit bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu," katanya. R.I.P 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad