• Semasa

    Isu Cerai Datuk Seri Vida, Ini Komen Fairuz Ahmad Zainuddin





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Isu Cerai Datuk Seri Vida, Ini Komen Fairuz Ahmad Zainuddin - SUAMI kepada pengasas produk kecantikan Qu Puteh Datuk Seri Vida, Fairuz Ahmad Zainuddin enggan memberikan komen berhubung isu keretakan rumah tangga mereka yang sedang hangat diperkatakan.

    Isu Cerai Datuk Seri Vida, Ini Komen Fairuz Ahmad Zainuddin

    Isu Cerai Datuk Seri Vida, Ini Komen Fairuz Ahmad Zainuddin


    "Tengah viral ya, bior le (biarlah), tiada komen," jelas Fairuz dalam satu pesanan ringkas kepada Media Hiburan.

    Ditanya mengenai kisah tersebut apatah lagi statusnya sebagai suami dan ketua keluarga serta persepsi masyarakat jika terus berdiam diri, Fairuz turut enggan memberi komen.

    "Biarlah orang nak cakap apa. Komen saya adalah tiada komen," tulisnya ringkas.

    Semalam pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida memberitahu hubungan dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin kini sudah rapuh.

    "Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh," katanya.

    Pasangan itu berkahwin pada Januari 2014 dan merupakan ia perkahwinan ketiga usahawan terkenal itu. - Sinar Harian.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad