• Semasa

    Isu Kad Merah Pemain Kedah; "Keputusan Pengadil Tepat" - Kata Subkhiddin





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Isu Kad Merah Pemain Kedah; "Keputusan Pengadil Tepat" - Kata SubkhiddinPengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh akhirnya bersuara untuk membalas kritikan yang dilemparkan oleh segelintir pihak tentang mutu pengadilan yang dianggap lemah dan kurang tepat dalam beberapa perlawanan Liga Malaysia.

    Menerusi satu kenyataan rasmi yang disiarkan dalam laman web rasmi FAM, Subkhiddin mengulas tiga perlawanan yang didakwa terpalit kontroversi susulan keputusan pengadil yang dianggap rata-rata penyokong sebagai kurang tepat.


    Isu Kad Merah Pemain Kedah; "Keputusan Pengadil Tepat" - Kata Subkhiddin


    Mengulas tentang perlawanan Kedah menentang T-Team pada Sabtu lalu yang menyaksikan juara Piala Malaysia 2016 dibelasah 0-5 oleh pendatang baharu Liga Super itu, Subkhiddin berkata, keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan Lang Merah sebagai tepat dengan kesalahan yang dilakukan oleh pemain tersebut,

    "Terdapat dua kesalahan yang berlaku melibatkan kedua-dua pemain pada satu tempoh masa yang sama iaitu pemain T-Team melakukan kesalahan reckless tackle (terjahan melulu) dan dilayangkan kad kuning.

    "Pemain Kedah diberikan kad merah kerana kesalahan berkelakuan ganas, apabila beliau bertindak memukul pemain lawan," kata beliau.

    Bagaimanapun kata beliau, pengadil sudah tentu perlu melayangkan kad merah jika sekiranya cabaran dengan kaki (kasut bola berstud) mengenai tepat ke bahagian kaki pemain Kedah. 

    Namun kata beliau, insiden berkenaan menunjukkan terjahan yang dilakukan oleh pemain T-Team tidak seperti yang dimaksudkan, ianya sama ada tersasar atau hanya mengenai sebahagian kecil sahaja. 

    "Tindakan pengadil adalah tepat apabila memberikan kad merah kepada pemain Kedah (kesalahan berkelakuan ganas) dan kad kuning kepada pemain T-Team disebabkan kesalahan reckless yang dilakukan sewaktu melakukan cabaran terhadap pemain lawan," tambah beliau.


    Insiden yang berlaku antara Kelantan dan JDT pada 12 April 2017. - Ihsan TRWFC

    Kontroversi Kad Merah Kelantan Lawan JDT

    Dalam insiden membabitkan perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Ta'zim pada hari yang sama, Subkhiddin berkata, keputusan pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada pemain Red Warriors atas empat sebab.

    Jelas beliau, pengadil membuat keputusan berdasarkan istial DOGSO iaitu jarak antara kesalahan dan gol, corak keseluruhan permainan, kemungkinan mengawal atau merampas kawalan bola dan kedudukan serta jumlah pertahanan.

    "Dalam insiden tersebut kesemua 4 pertimbangan seperti yang tersebut di atas adalah mencukupi sepenuhnya untuk pengadil perlawanan melayangkan kad merah apabila jelas pemain Kelantan bertindak menarik baju dan menggagalkan pergerakan pemain JDT (kesalahan yang perlu dihukum dengan sepakan percuma).

    "Lebih malang lagi jika kesalahan sama ada memegang menarik atau menolak dilakukan di dalam kawasan penalti yang mana sudah tentu sepakan penalti dan kad merah akan dikuatkuasakan.



    Kontroversi Penalti Perak lawan T-Team

    Subkhiddin turut mengulas insiden ketiga melibatkan perlawanan antara Perak dan T-Team pada aksi Liga Super, 8 April lalu yang menyaksikan pengadil memberikan sepakan penalti kepada Perak pada minit-minit akhir perlawanan.

    Ujarnya,  pengadil seperti yang dapat dilihat dari awal telah berusaha untuk menempatkan dirinya pada posisi yang terbaik dan beliau berpendapat bawah pengadil telah berjaya pada posisi dan masa yang tepat untuk membuat keputusan.

    "Semasa bola di udara, pemain Perak telah bersedia (ball-dropping zone) untuk mendapatkan kawalan terhadap bola tersebut. 

    "Malangnya tangan pemain T-Team telah menyebabkan bola bertukar arah dari jangkaan pemain Perak," jelasnya. - mStar

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad