Isu Najip Ali: Hafiz Hamidun ‘Sound’ Zed Zaidi

Isu Najip Ali: Hafiz Hamidun ‘Sound’ Zed Zaidi | PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi dilihat cukup terkesan dengan isu kontroversi melibatkan pengacara Singapura, Najip Ali yang didakwa menghina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Isu Najip Ali: Hafiz Hamidun ‘Sound’ Zed Zaidi


Malah, Zed turut menyampaikan hasratnya kepada perdana menteri untuk mengkaji semula kemasukan artis luar terutama artis dari seberang tambak ke Malaysia.
Zed menulis twit tersebut menerusi laman mikro Twitternya, @rozaidijamil, “Saya rasa tiba masanya mengkaji balik kemasukan artis luar terutama artis Singapura ke Malaysia @NajibRazak @Khairykj @azwanbro @jamawijaafar.”
Tidak bersetuju dengan tindakan Zed, Hafiz Hamidun bertindak balas dengan berkicau, “Tak payahlah busuk hati bro. Orang dah minta maaf pun. Sudah-sudahlah.”
Kontroversi melibatkan Najip telah menyebabkan beliau menerima padah apabila telah dilucutkan ‘jawatan’ sebagai juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) di samping Datuk Rosyam Nor, Neelofa dan bintang jelita Indonesia, Luna Maya.
Tempat Najip kini digantikan oleh Datuk Aznil Nawawi.
Nama Najip menjadi perhatian sejak minggu lalu apabila beliau didakwa menghina Najib menerusi satu rancangan tv Singapura, OK Chope! yang meminta pesertanya mengisi perkataan tertinggal dalam ayat “Najib slams _________ for threatening Malaysia’s progress”.
Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’. Rancangan itu disiarkan pada 29 Mac lalu menerusi Channel 5 di Singapura.
Najip walau bagaimanapun telah membuat tuntutan maaf terbuka kepada Najib berikutan tidak sensitif apabila secara terbuka menjadikan pemimpin nombr satu Malaysia sebagai bahan jenaka pada minggu lalu. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
1 Komen untuk "Isu Najip Ali: Hafiz Hamidun ‘Sound’ Zed Zaidi"

This is a really good read for me, Must admit that you are one of the best bloggers I ever saw.Thanks for posting this informative article. I really like the fresh perceptive you did on the issue. I will be back soon to check up on new posts! Thank you!
Breaking News