• Semasa

    Jangan Ambil Mudah..Doktor Ini Jelaskan Kenapa Elakkan Tuam Anak Dengan Air Panas Atau Sejuk Jika Anak Demam





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Jangan Ambil Mudah..Doktor Ini Jelaskan Kenapa Elakkan Tuam Anak Dengan Air Panas Atau Sejuk Jika Anak Demam

    Jangan Ambil Mudah..Doktor Ini Jelaskan Kenapa Elakkan Tuam Anak Dengan Air Panas Atau Sejuk Jika Anak Demam - Perkara yang paling merisaukan ibu bapa adalah apabila anak kesayangan tidak sihat terutama bila anak deman. Habis semua kerja tak jadi kerana perlukan perhatian ibu bapa dengan sepenuhnya. 

    Kebiasaannya ibu bapa akan membawa anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan kadang-kadang menuam kepala anak dengan air suam supaya suhu demam turun. Namun begitu, perkongsian dari Dr Abdul Rahman Abdul Kadir memberi pesanan kepada ibu bapa agar tidak menuam anak dengan air suam ataupun air sejuk. Ini penjelasan dari doktor tersebut. 


    Jangan Ambil Mudah..Doktor Ini Jelaskan Kenapa Elakkan Tuam Anak Dengan Air Panas Atau Sejuk Jika Anak Demam


    Demam adalah suatu sakit yang amat biasa dialami oleh anak2 kita. Ia biasanya adalah merupakan satu response normal tubuh badan terhadap jangkitan kuman (virus, bakteria dan sebagainya).

    Demam yang tinggi kadang kala adalah bahaya dan boleh menyebabkan sawan yang boleh merosakkan otak.

    Juga demam yang tinggi akan menyebabkan anak2 tidak selesa dan meragam.

    Salah satu cara mudah menurunkan suhu badan selain mengambil ubat paracetamol adalah dengan memakaikan anak anda dengan pakaian ringkas dan tipis bagi memudahkan haba badan terbebas.

    Juga ramai perawat akan menasihati ibubapa melakukan tuaman pada tubuh badan secara berkala apabila suhu badan tinggi dengan tuala yang basah.

    Ini menimbulkan persoalan kepada ramai sama ada perlu menggunakan tuala basah yang sejuk ataupun panas/suam. 

    Ada yang mengatakan guna tuala sejuk dan ada yang kata guna tuala yang direndam dengan air yang panas/suam.

    Pandangan yang lebih rojih/tepat dalam soal ini adalah, gunakan tuala yang direndam pada air pada suhu bilik/ambient temperature. Bermakna, air paip biasa saja adalah memadai.

    Air yang panas/ suam akan menyebabkan suhu badan semakin meningkat sebenarnya. Demikian juga air sejuk akan menyebabkan liang2 roma dan saluran darah periferi mengecut dan akan menyebabkan haba badan terperangkap di dalam badan.

    Jadi, gunakan saja air pada suhu bilik dan maintain suhu bilik pada suhu yang selesa dingin (tidak terlalu panas mahupun sejuk) kerana ia membantu menurunkan suhu badan melalui kaedah konveksi dan sejatan.

    Jika sekalipun terpaksa menggunakan air suam untuk menuam anak anda kerana anak tidak tahan sejuk, gunakan air yang bersuhu lukewarm/suam2 kuku bagi tujuan ini.

    Elakkan menuam anak anda dengan air panas (warm water) mahupun air sejuk apatah lagi ais. Tidak perlu menggunakan penampal demam seperti Kool Fever sebenarnya pun kerana tiada bukti keberkesanannya hingga kini.

    Semoga bermanfaat.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad