• Semasa

    "Kalau Hendak Kerja, Awak Kena Buka Tudung..." Remaja Dakwa Didiskriminasi Hotel Bertaraf Lima Bintang





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "Kalau Hendak Kerja, Awak Kena Buka Tudung..." Remaja Dakwa Didiskriminasi Hotel Bertaraf Lima Bintang

    "Kalau Hendak Kerja, Awak Kena Buka Tudung..." Remaja Dakwa Didiskriminasi Hotel Bertaraf Lima Bintang - KUALA LUMPUR - Dua remaja berkata mereka didiskriminasi oleh sebuah hotel bertaraf lima bintang disini kerana mereka bertudung.

    Mangsa, 22, dan rakannya yang juga berusia 22 tahun berasa kecewa dengan tindakan pengurusan hotel tersebut kerana syarat tidak bertudung tidak dinyatakan sebagai salah satu kriteria dalam iklan bagi jawatan penyambut tetamu yang ditawarkan.


    "Kalau Hendak Kerja, Awak Kena Buka Tudung..." Remaja Dakwa Didiskriminasi Hotel Bertaraf Lima Bintang



    Sebaik sahaja memasuki bilik temuduga, panel yang merupakan seorang wanita bukan Melayu berkata untuk jawatan yang ditawarkan, calon tidak boleh mengenakan tudung. Dia tanya, jadi, awak hendak teruskan ataupun tidak?

    Kalau hendak kerja, awak kena buka tudung khususnya di hotel seperti ini. Apabila saya cakap tidak mahu buka, panel itu langsung tidak mahu meneruskan proses temuduga berkenaan. Nasib saya turut dialami rakan saya dan beberapa calon Melayu beragama Islam lain yang bertudung,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

    Tambah mangsa lagi, dia berasa terkejut dan marah dengan layanan yang diterima apatah lagi tindakan itu dilakukan di negara ini.

    Dalam borang permohonan tak ada dinyatakan semua ini tapi bila pergi temuduga semua benda yang diminta tidak diperiksa, lain pula yang jadi.

    Saya rasa kecewa dengan tindakan kurang profesional pihak pengurusan hotel. Bayangkan jika ada calon yang dari jauh datang ke sini untuk temuduga tetapi akhirnya ‘dihalau’ keluar tidak sampai lima minit pun ditemuduga bagaimana?

    Saya berharap agar penindasan secara halus ini dapat dihentikan dan pihak berwajib mengambil maklum perkara ini. Jika tidak, golongan ini akan terus mengambil kesempatan daripada situasi seperti ini,” kata beliau lagi.

    Sumber: Utusan Online

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad