• Semasa

    “Kehadiran Saya Sejukkan Kontroversi” - Kata Paknil





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    “Kehadiran Saya Sejukkan Kontroversi” - Kata Paknil | Keterbukaan pengacara Singapura, Najip Ali mengakui kesilapannya ketika menyertai sebuah rancangan hiburan di negara itu harus disambut dengan hati terbuka. Bagi Datuk Aznil Nawawi, 55, pendekatan yang dilakukan Najip tenyata membantu meredekan kemarahan orang ramai tanpa membiarkan kontroversi mengenainya terus berlarutan tanpa kesudahan.


    “Kehadiran Saya Sejukkan Kontroversi” - Kata Paknil


    “Dia sanggup minta maaf, jadi saya sangat hormati tindakan itu kerana dia tidak mengeruhkan lagi keadaan.

    “Pada hakikatnya dia mempunyai pilihan untuk tidak meminta maaf kerana mungkin dia merasakan dirinya tak bersalah.

    “Tapi secara jujur dia mengaku bersalah dan meminta maaf. Jadi kita harus sahut permohonan maafnya itu,” katanya kepada mStar Online.

    “Kehadiran Saya Sejukkan Kontroversi” - Kata Paknil
    Aznil tiba dari London pada lewat petang Jumaat sebelum bergegas memulakan tugas sebagai juri MLM2017.

    Aznil yang dipilih menggantikan kedudukan Najip selaku juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) ditemui selepas berakhirnya persembahan minggu ke-8 rancangan itu di Shah Alam Royale Theatre di sini, lewat malam Jumaat.

    Pengacara terkenal itu tiba dari London di Kuala Lumpur pada lewat petang Jumaat sebelum bergegas bagi memulakan tanggungjawabnya sebagai juri MLM2017 yang bersiaran secara langsung pada pukul 10 malam.

    Mengulas mengenai pemilihannya sebagai juri tetap MLM2017 disamping Datuk Rosyam Nor dan Luna Maya, Aznil berkata dia tidak mahu dilihat sebagai pengganti Najip dalam program terbitan Astro itu.

    Sebaliknya kata Aznil, beliau yakin kehadirannya dalam MLM2017 dapat 'menyejukkan’ tempias kontroversi membabitkan Najip.

    “Bagi saya ini adalah satu tanggungjawab, saya sahut cabaran sebab Najip Ali ialah sahabat saya. Saya nak meneruskan keceriaannya dalam rancangan ini.

    MLM2017 turut menampilkan Datuk Rosyam Nor, Luna Maya dan Neelofa sebagai juri tetap.

    “Saya tak mahu dilihat sebagai orang yang menggantikan Najip Ali, namun saya mahu dilihat sebagai orang yang meneruskan keceriaan Najip Ali.

    “Saya tahu ada antara peminat di Singapura mungkin agak marah dengan keadaan yang berlaku ini, tetapi saya tahu juga ramai peminat di Singapura yang sayangkan saya dan saya sayangkan mereka. Biar saya jadi air kalau sebelum ini ada api,” katanya.

    Selain itu menurut Aznil, dia mengakui dimaklumkan supaya bersedia untuk dilantik sebagai juri pada Rabu lalu ketika berada di London.

    “Pihak produksi tidak terus lantik, tapi pada peringkat awal saya dimaklumkan untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan. Mereka perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk komen orang ramai dan perasaan Najip sendiri.

    Najip Ali.

    “Namun bagi saya persembahan ini harus diteruskan. Perkara yang berlaku sebenarnya di luar program ini. Saya tak rasa sebagai pilihan terakhir,” katanya.

    Najip dan beberapa selebriti Singapura menerima kecaman hebat daripada banyak pihak termasuk netizen dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kerana mempersendakan Perdana Malaysia menerusi rancangan hiburan di negara itu.

    Pada 29 Mac lalu, saluran televisyen Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura menyiarkan racangan hiburan OK Chope yang memerlukan pesertanya melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu Najib slams____for threatening Malaysia’s progress.
    Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah fake news.

    Selain Najip, individu lain yang turut terlibat dalam rancangan hiburan itu ialah Vernetta Lopez, Sam See, Rishi Budhrani dan Mike Kassim. - mStar

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad