• Semasa

    KSN: Jangan hidang makanan selepas mesyuarat tengah hari, hidang air mineral sahaja





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    KSN: Jangan hidang makanan selepas mesyuarat tengah hari, hidang air mineral sahaja

    KSN: Jangan hidang makanan selepas mesyuarat tengah hari, hidang air mineral sahaja - PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Tan Sri Dr Ali Hamsa mengarahkan semua kementerian dan jabatan kerajaan mengurangkan jumlah penyediaan makanan ketika jamuan masing-masing, bagi mengelakkan pembaziran, lapor Berita Harian. 

    Beliau berkata, sebagai permulaan menu berbentuk buffet ditukar kepada hidangan nasi campur yang sudah siap dibungkus. Langkah itu sejajar dengan Kempen MYSaveFood membawa slogan 'Hentikan Pembaziran, Hentikan Kelaparan', yang dilancarkan khusus buat 1.6 juta kakitangan awam, seterusnya diperluaskan kepada keluarga mereka yang dianggarkan mencecah lima juta orang. 


    KSN: Jangan hidang makanan selepas mesyuarat tengah hari, hidang air mineral sahaja


    "Dalam kapasiti besar, penjawat awam mungkin boleh lakukan kempen ini di jabatan masing-masing kerana saya dimaklumkan kebanyakan makanan dihidangkan di satu-satu majlis itu tidak disentuh. 

    "Terutamanya hidangan makanan pada waktu pagi dan kemudian membazir. Sekiranya boleh hindar, selepas mesyuarat pada makan tengah hari, hanya perlu dihidangkan air mineral sahaja. 

    "Saya minta semua ketua setiausaha memberi kerjasama penuh terhadap inisiatif ini yang dilihat bukan sahaja dapat memupuk sikap menjimatkan makanan dalam kalangan kakitangan kerajaan, tetapi juga keluarga mereka," katanya. 

    Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyokong saranan KSN yang bukan sahaja boleh mengelakkan pembaziran, malah membolehkan kerajaan mendapat lebihan peruntukan hasil daripada penjimatan tersebut. 

    "Itu cadangan sangat baik yang perlu dipandang serius ketua jabatan dan pegawai kementerian. 

    "Lebih baik berjimat dan peruntukan itu boleh dibelanjakan pada perkara yang lebih penting seperti harta modal (aset kerajaan), pakaian seragam penjawat awam dan elaun lebih masa," katanya. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad