• Semasa

    Maut Dalam Longkang Gara-Gara Berkhalwat





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Maut Dalam Longkang Gara-Gara Berkhalwat

    Maut Dalam Longkang Gara-Gara Berkhalwat - Apa yang ingin dikongsikan di sini bukanlah berita terbaru namun perlu diceritakan semula sebagai sebuah pengajaran. Untuk mengelakkan diri daripada ditangkap oleh pihak berkuasa, seorang pelajar lelaki terjatuh dari tingkat lima sebuah apartment lalu terus meninggal di dalam longkang apartment tersebut. Beliau meninggal dalam keadaan yang aib. Adakah itu balasan Tuhan di atas perbuatan dosanya? Jom ikuti kisahnya.

    Maut Dalam Longkang Gara-Gara Berkhalwat

    Gara-gara takut dicekup oleh pihak berkuasa agama kerana dipercayai berkhalwat, seorang pelajar lelaki sebuah kolej komuniti nekad melarikan diri dengan keluar melalui tingkap di tingkat lima, Apartmen Jelutong di Selayang Heights pada waktu awal pagi semasa kejadian. Kejadian ini berlaku kira-kira tujuh tahun yang lalu.

      garisan polis

    Bagaimanapun tindakan pemuda berusia 21 tahun itu mengundang padah apabila dia terjatuh dan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan yang perah pada bahagian kepala dan badan. 

    Difahamkan, kejadian pada pukul 1.40 pagi itu disedari oleh ahli jawatankuasa masjid berdekatan yang pergi ke rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan selepas menerima aduan berhubung satu pasangan bukan muhrim yang bersekedudukan.

      maut dalam longkang

    Maut Dalam Longkang Gara-Gara Berkhalwat

    Sebaik sahaja sampai di depan rumah berkenaan, salah seorang daripada lima ahli jawatankuasa masjid yang mendapat tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) itu mengetuk pintu yang pada awalnya tidak dibuka. 

    Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, setelah beberapa minit menunggu, salah seorang daripada mereka dikejutkan dengan bunyi objek terjatuh sebelum seorang wanita membuka pintu rumah. Pihak berkuasa itu kemudiannya memperkenalkan diri mereka dan menunjukkan kad kuasa untuk melakukan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan. 

    Ketika kejadian, salah seorang daripada mereka melihat terdapat satu tingkap dalam keadaan terbuka, kata Timbalan Ketua Polis tersebut kepada wartawan ketika dihubungi oleh pihak akhbar Kosmo. Maut Dalam Longkang Gara-Gara Berkhalwat

      mayat

    Menurut Supritendan Rosly Hassan, sebaik sahaja melihat ke bawah, kakitangan tersebut terkejut apabila melihat seorang lelaki berada dalam keadaan terbaring dan terperosok di dalam longkang. Sumber berita ini dipetik daripada salah satu artikel di dalam akhbar Kosmo tahun 2010.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad