Pelik.. Kenapa Mak Tak Manjakan Aku Macam Mak Long Manjakan Anak, Bila Dah Besar Rupanya Ini RAHSIANYA !!

Pelik..Kenapa Mak Tak Manjakan Aku Macam Mak Long Manjakan Anak, Bila Dah Besar Rupanya Ini RAHSIANYA !!

Pelik..Kenapa Mak Tak Manjakan Aku Macam Mak Long Manjakan Anak, Bila Dah Besar Rupanya Ini RAHSIANYA !!Assalammuailaikum admin dan pembaca. Kisah mak aku vs mak long aku. Mak aku ni ciri-ciri dia agak gangster sikit. Mak long aku pulak lembut seakan elly mazlin. Sekarang aku nak ceritakan bagaimana aku membesar dan apa aku rasa dan teringat saat aku dah besar.

Aku dengan sepupu aku dua-dua anak jantan pertama. Tapi aku selalu cemburu pada dia. Mana kan tidak. Kaki dia terluka jatuh masa berlari main polis-polis laju mak dia bawa pergi klinik. Aku pula, mak dari dapur je bercakap. Pandang nya tidak. “along…Pergi mandi Letak ubat luka atas meja tu. Padan muka, sedap, esok jangan lupa lari lagi sampai jatuh.”

Pelik.. Kenapa Mak Tak Manjakan Aku Macam Mak Long Manjakan Anak, Bila Dah Besar Rupanya Ini RAHSIANYA !!


Sejak kecik la macam tu peelnya. Lagi aku cemburu, kalau kawan sekolah datang rumah. Mak long layan kawan anak dia baik je. Siap jamu apa yang ada. Tak halau pun. Mak aku, dia ada la jamu kawan aku tapi dah dekat kol 7. Dengan laju je dia berkata.” tak reti lagi nak balik ke?” aku rasa segan dah nak bawa kawan ke rumah lepas tu. Baik aku lepak dengan kawan kat rumah mak long. Sebelah je pun rumah kami.

Sampai lah besar. Aku dengan sepupu aku dapat masuk sama kolej. Tapi masa sampai je, kami buat perjanjian. Tak ikut campur hal peribadi. Aku ok je. Stail aku biasa je. Pakai apa yang ada. Tapi aku peramah. Beza dengan dia tampan, kemas dan pemalu. Masuk je aku dah ramai kawan. Dia aku tak pasti. Dah berjanji kan. Orentasi masa tu aku penat tapi happy. Kenangan masuk kolej kononnya. Beza dengan dia. Dia tekanan. Sampai mak long datang kolej sebab sepupu aku tekanan. Katanya kene buli. Dia pindah kolej manakala aku tetap enjoy dengan kehidupan pelajar kolej.

Dah masing-masing ada kerjaya. Aku kerja kerajaan, sebab mak aku nak aku under kerajaan. Selamat katanya. Sepupu pulak swasta. Dia kata gaji lagi besar dari kerajaan. Tapi bila aku balik cuti, mak cerita sepupu aku paling tahan kerja dua tiga tahun mesti berhenti. Aku tak komen apa. Aku kawin dlu baru dia. Mak layan menantu tak macam layan aku dengan adik beradik dulu. Katanya menantu special. Datang dah besar, lahirkan zuriat kena hargai.

Berbeza dengan sepupu aku pula. Kerana sayangkan anak, dia macam kawal menantu. Itu tak boleh sana tak boleh. Tapi lembut la dia tegur. Sepupu aku pula jenis anak mak. Ikut je la. Sampai tahap isteri dia lari tuntut fasakh. Lama aku berfikir. Seburuk perangai gengster mak dulu rupanya bersebab. Dia nak anak dia tabah harungi kehidupan. Kental hati bila berhadapan dengan cabaran.

Sekarang aku sebagai seorang suami. Aku pula follow bapak aku punya perangai. Bini aku membebel marah anak, aku tengok tv. Jangan masuk campur. Itu cara dia asuh anak selagi tak mendera. Mak aku pula suka sakat anak aku bila kene marah. Dia up ibu jari kat cucu dia lepas kene rotan punggung dengan isteri aku. Kadang aku follow gak up ibu jari kat anak aku. Dia meraung menangis kami tengok je. Mak cakap jangan pujuk nanti dia tak tahu salah dia. Para ibubapa sekalian..mendidik anak ni kadang ikut petua ibubapa kita. Kita jadi manusia berguna sebab mereka.

Sumber: KRT

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "Pelik.. Kenapa Mak Tak Manjakan Aku Macam Mak Long Manjakan Anak, Bila Dah Besar Rupanya Ini RAHSIANYA !!"