• Semasa

    Pian K Pop terselamat dirempuh lori





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pian K Pop terselamat dirempuh lori - Chukai: Selebriti media sosial yang dikenali di Kelantan dan Terengganu, Sufian Muhammad, 26, atau lebih dikenali sebagai Pian KPop mengalami cedera ringan dan sakit badan selepas kereta dinaikinya dilanggar sebuah lori dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, di sini, tengah malam tadi.

    pian k pop

    Pian K Pop terselamat dirempuh lori

    Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Pian menaiki kereta Perodua Axia bersama rakannya berhenti di persimpangan lampu isyarat terbabit sebelum sebuah lori melanggar belakang kenderaannya.

    "Saya yang berada dalam kereta bersama kawan saya terkejut sebaik mendeggar dentuman dan mendapati sebuah lori dipandu seorang lelaki sudah merempuh belakang kereta saya.
    "Saya cuma cedera ringan dan sakit-sakit badan. Bahagian belakang kereta pula kemek agak teruk," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sidang dijalankan. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad