• Semasa

    SAYU !! Atuk akan jaga 5 cucu Cikgu Suriya mengandung 1bulan.. hasrat tambah keluarga tidak kesampaian (8 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Atuk akan jaga 5 cucu Cikgu Suriya mengandung 1bulan.. hasrat tambah keluarga tidak kesampaian (8 Gambar)

    SAYU !! Atuk akan jaga 5 cucu Cikgu Suriya mengandung 1bulan.. hasrat tambah keluarga tidak kesampaian (8 Gambar) - Tanah Merah : Luluh hati anak-anak kecil ini diberi peluang untuk menatap wajah terakhir kedua ibu bapa mereka yang telah pergi dijemput ilahi sebelum  disemadikan dalam satu liang lahad.
    Cikgu Suriya Ab Rahman dikatakan menhadung 1 bulan ketika temui ajal bersama suami dalam kemalangan ngeri pagi semalam yang menyebabkan 4 anak nya cedera dalam kejadian itu.

    SAYU !! Atuk akan jaga 5 cucu Cikgu Suriya mengandung 1bulan.. hasrat tambah keluarga tidak kesampaian (8 Gambar)


    Hasrat Asp Mohd Noor dan Isteri Cikgu Suriya menambah keluarga mereka tidak kesampaian kini tinggal lah 5 anak mereka yatim piatu, ini amat mengundang pilu.
    Lima anak Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling yang berusia antara lima hingga 11 tahun akan dijaga oleh datuk mereka di Kampung Buluh, Gual Ipoh, di sini.
    Abdul Rahman Daud, 60, berkata, dia akan menjaga lima cucunya iaitu dua lelaki dan tiga perempuan memandangkan mereka menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.




    Katanya, lima cucunya, Irdina Aliah Mohd Noor, 11; Insyirah Aliah, 10; Mohamad Adib Mustakim, 8; Imanina Aliah, 6, dan Muhamad Adib Mirza, 5, akan dijaga dengan penuh kasih sayang.
    "Saya akan menjaga dan menguruskan mereka dengan sempurna," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buluh, Gual Ipoh, di sini, hari ini.
    Terdahulu, jenazah Asisten Superintendan Mohd Noor Mat Yaub, 38, dan Suriya Abdul Rahman, 37, dikebumikan di dalam satu liang lahad pada jam 6.30 petang tadi.
    Harian Metro hari ini melaporkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling dan isterinya maut manakala empat anaknya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Teluk Teduri Jalan Baru Kupang-Baling jam 7.15 pagi tadi.
    Dalam kejadian itu mangsa, Asisten Superintendan Mohd Noor Mat Yaub dan isteri, Suriya Abdul Rahman bersama empat anak menaiki kereta Myvi dalam perjalanan menghantar isterinya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri dan sebaik sampai di lokasi kejadian memberhentikan keretanya untuk membelok ke kanan apabila tiba-tiba sebuah pikap Toyota Hilux dari arah Baling, merempuh belakang kereta mangsa.
    Akibat rempuhan itu kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar kereta Honda City yang datang dari arah Kupang ke Baling hingga menyebabkan suami isteri itu parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Al fatihah 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad