• Semasa

    SAYU !! MAAFKAN SAYA MAK.. IBU GURU INI DIBUNUH KEJAM SELEPAS DIROMPAK KINI 4 SUSPEK DITAHAN (5 GAMBAR)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! MAAFKAN SAYA MAK.. IBU GURU INI DIBUNUH KEJAM SELEPAS DIROMPAK KINI 4 SUSPEK DITAHAN (5 GAMBAR)Kuala Krai : Hancur luluh hati seorang anak melihat jasad ibu nya terbujur kaku diruang dapur rumah dengan berlumuran darah semasa pulang dari mengajar di Sekolah.

    Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Embak itu berkata, ketika sampai ke rumahnya, pintu pagar rumahnya terbuka memandangkan ada pekerja datang menghantar besi.

    Ibu nya Rokiah Mamat,61,ditemui anak kedua dalam keadaan terlentang  di dapur rumah mereka.

    SAYU !! MAAFKAN SAYA MAK.. IBU GURU INI DIBUNUH KEJAM SELEPAS DIROMPAK KINI 4 SUSPEK DITAHAN (5 GAMBAR)


    Anak kedua mangsa, Che Hasmarizal Che Hasan berkata,dia menemui mayat ibunya sebaik pulang dari mengajar kira-kira jam 3.30 petang.

    Menurutnya,sebaik memasuki pekarangan rumah dia membunyikan hon keretanya seperti biasa namun ibunya tidak keluar.

    Cikgu Hasmariza
    "Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan mungkin emak dibilik air atau sedang solat. Selalunya emak akan keluar mengambil anak saya,"katanya.

    Anak kedua daripada empat beradik itu berkata,dia kemudiannya mengangkat anak keluar dari kereta ke pintu dapur yang tidak berkunci.

    "Sebaik menolak pintu,saya terkejut  melihat emak terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah. Saya kemudiannya segera meletakkan anak di tilam dan menghubungi polis serta memberitahu jiran,"katanya.

    Che Hasmarizam berkata,dia terkilan dan kecewa penjenayah sanggup membunuh ibunya.
    Menurutnya,sebelum kejadian ibunya tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara cuma memintanya untuk membaiki bajunya.

    "Saya terkilan tidak sempat menunaikan hasrat arwah kerana begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah sejak kebelakangan ini. Kebiasaannya sebelum keluar ke sekolah,saya akan belikan nasi untuk emak tetapi nasi telah ada saya tidak beli hari ini," katanya.

    Katanya,sebulan lalu,Allahyarham ibunya ada memberitahu dia mengantuk,selalanya jika arwah rasa sedemikian pasti ada orang akan meninggal.

    "Arwah emak cakap mungkin ada orang akan meninggal atau mungkin dia sendiri, tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa," katanya.

    Empat lelaki disyaki terbabit dalam kes samun yang menyebabkan kematian wanita di Kampung Mengkebang, Kuala Krai ditahan di daerah itu, hari ini.
    Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, semua suspek berusia antara 30 hingga 40-an ditahan di kawasan berasingan di Kuala Krai antara 10 malam hingga 4 pagi tadi.
    Katanya, mereka kini direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Al fatihah 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad