SAYU !! Makin KURUS, Rambut GUGUR... Kalau Tak Mampu Bantu Ustaz Hanafi Guna Wang Ringgit Viralkanlah Keperitan Beliau Melawan Kanser, Nescaya Akan Ada Yang Bantu...

SAYU !! Makin KURUS, Rambut GUGUR... Kalau Tak Mampu Bantu Ustaz Hanafi Guna Wang Ringgit Viralkanlah Keperitan Beliau Melawan Kanser, Nescaya Akan Ada Yang Bantu...

SAYU !! Makin KURUS, Rambut GUGUR... Kalau Tak Mampu Bantu Ustaz Hanafi Guna Wang Ringgit Viralkanlah Keperitan Beliau Melawan Kanser, Nescaya Akan Ada Yang Bantu... - "Saya anggap ini hadiah daripada Allah SWT dan saya tenang menghadapinya. Kalau kimoterapi nanti buat saya lemah hingga ceramah dibatalkan, saya rasa rugi sebab cita-cita saya nak mati ketika menyampaikan ceramah agama."

Demikian kata penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43, selepas disahkan menghidap kanser Limfoma pada 31 Januari lalu.


Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Hanafi berkata, kesakitan mula dirasai ketika menunaikan umrah pada Disember lalu.

"Saya pergi ke klinik kerana gastrik sebelum dirujuk ke hospital untuk membuat ultrasound dan imbasan CT."

Pembedahan membuang sel kanser sebesar 10 sentimeter panjang kali 7 sentimeter lebar dengan berat 1 kilogram kemudian dilakukan di hospital swasta 1 Februari lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, doktor menjangkakan kemungkinan sel kanser itu sudah berada dalam badannya sejak 10 tahun lalu tetapi tidak disedarinya.Ustaz Hanafi bagaimanapun enggan 'duduk diam' dan meneruskan aktivitinya seperti biasa.

"Aktiviti seperti ceramah saya teruskan macam biasa sebab saya tak ada rasa sakit cuma penat sedikit mungkin belum sembuh sepenuhnya. Program di TV9 (Tanyalah Ustaz) juga masih berjalan. Kadangkala saya membantu penerbit mencari golongan ingin kembali ke pangkal jalan," 

katanya yang juga Penasihat Rumah Anak Yatim Fakir Miskin Al Habbah di Batu Caves, Selangor.


Beliau juga sedang giat mengumpul dana RM300,000 untuk membina surau di rumah kebajikan yang memfokuskan pembelajaran tahfiz itu.Di samping itu, beliau juga sebenarnya memerlukan bantuan kewangan untuk menampung kos rawatan kimoterapi antara RM300,000 hingga RM500,000 bagi sembilan sesi.

Komen Ustaz Hanafi terhadap insan-insan yang giat mengumpul dana untuk membantunya:

"Saya dengan perasaan malu dan terharu, kalau ada yang ingin membantu... sebab saya anggap 'hadiah' daripada Allah ini mungkin ada hikmah."Siapa membantu... saya doakan murah rezeki dan di tambah rezeki. Sahabat juga dalam kesusahan, jadi saya doa murah rezeki dan mendapat syurga paling hampir dengan Allah SWT," 

Ustaz Hanafi yang aktif menunggang motosikal berkuasa tinggi juga berhasrat untuk menjual motosikal kesayangannya model Kawasaki GTR1400."Saya nak jual motosikal itu lepas pakai empat tahun. Tujuannya untuk tanggung kos rawatan saya. Jadi selepas ini saya pakai motosikal kecil saja.

"Kepada semua, doakan saya sembuh daripada penyakit ini dan harapnya kimoterapi nanti tidak menyebabkan saya lemah,”

katanya yang mempunyai sembilan anak dan menetap di Taman Sri Gombak, di sini.Beliau akan memenuhi undangan ceramah pada minggu depan di Kulim, Kedah; Ipoh, Perak dan Air Hitam, Johor.

Lihatlah perubahan yang jelas boleh dilihat pada ustaz kita dari hari ke hari...

Sewaktu sihat sebelum disahkan menghidap kanser limfoma:





Semakin Kurus setelah disahkan menghidap kanser limfoma dan menjalani pembedahan:



Kini rambut semakin gugur:



Sesiapa yang ikhlas ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun:

CIMB: 7001645436 
(Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek)

Maybank: 162405085541 
(Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek)

BANK ISLAM: 14162020096634 
(Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek)

SEBARKAN SEBANYAK MUNGKIN...

Jom sama2 pakat bantu Ustaz kita dalam KESULITAN..!!!

Sumber: http://www.tambahcheese.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "SAYU !! Makin KURUS, Rambut GUGUR... Kalau Tak Mampu Bantu Ustaz Hanafi Guna Wang Ringgit Viralkanlah Keperitan Beliau Melawan Kanser, Nescaya Akan Ada Yang Bantu..."