SAYU !! SELAMAT TINGGAL SAYANG 5 BERADIK YATIM PIATU SEKELIP MATA.. PEGAWAI POLIS DAN ISTERI MAUT KEMALANGAN (8 GAMBAR)


SAYU !! SELAMAT TINGGAL SAYANG 5 BERADIK YATIM PIATU SEKELIP MATA.. PEGAWAI POLIS DAN ISTERI MAUT KEMALANGAN (8 GAMBAR) - BALING : Sebak rasa hati melihat anak-anak pasangan yang masih kecil ini, kini mereka 5 beradik yatim piatu sekelip mata setelah ayah dan ibu telah pergi dijemput ilahi, 4 dari anak-anak ini juga terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan ayah dan ibu mereka, mereka yang cedera kini di rawat diHospital Baling
Kosmo melaporkan seorang pegawai polis dan isterinya meninggal dunia manakala empat anak mereka cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling di sini pagi tadi..

SAYU !! SELAMAT TINGGAL SAYANG 5 BERADIK YATIM PIATU SEKELIP MATA.. PEGAWAI POLIS DAN ISTERI MAUT KEMALANGAN (8 GAMBAR)


Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, Asisten Superintendan Mohd. Noor Mat Yaub, 38, yang memandu kereta Toyota Passo bersama isteri, Suriya Abdul Rahman, 37, meninggal dunia di tempat kejadian.





Sementara itu, empat anak pasangan tersebut iaitu Irdina Aliah, 11, Insyirah Aliah, 10, Muhamad Adib Mustakim, 8, dan Imanina Aliah, 6, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Baling di sini.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan menghantar isterinya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri.
Menurut sumber, setiba di lokasi kejadian, mangsa memberhentikan keretanya untuk membelok ke kiri dan secara tiba-tiba sebuah kereta pikap Toyota Hilux dari arah Baling merempuh belakang kereta mangsa.
“Akibat rempuhan itu, kereta mangsa melungsur masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar kereta Honda City yang datang dari arah Kupang ke Baling.
“Pertembungan itu menyebabkan pasangan suami isteri terbabit cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta Honda City turut cedera parah dan dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 7.13 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling tiba di tempat kejadian pukul 7.32 pagi.
"Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan dan tiga mangsa tersepit," katanya.
Sama-sama kita doakan 4 anak pasangan ini cepat sembuh macam mana lah mereka untuk hadapai setuasi ini dikala ayah dan ibu mereka telah tiada. Al fatihah 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "SAYU !! SELAMAT TINGGAL SAYANG 5 BERADIK YATIM PIATU SEKELIP MATA.. PEGAWAI POLIS DAN ISTERI MAUT KEMALANGAN (8 GAMBAR)"