• Semasa

    SAYU !! Sepupu Kongsi Perangai Pelik Nurul Huda Sebelum Maut Leher Tersangkut Kabel





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Sepupu Kongsi Perangai Pelik Nurul Huda Sebelum Maut Leher Tersangkut Kabel - “Dia nampak lain dari biasa. Bila di rumah opah, dia sempat menyapu, mop lantai dan kemas rumah.”


    Demikian kata, Aida Safira Idris, 16, sepupu kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 5, Jalan Bota-Tanjung Belanja di Kampung Dusun Hulu, Parit, kelmarin.

    Dalam kejadian lebih kurang jam 5 petang kelmarin, pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini, Nurul Huda Ashira Hasbullah, 17, maut apabila kabel elektrik terjatuh sebelum tersangkut di lehernya ketika membonceng motosikal.

    SAYU !! Sepupu Kongsi Perangai Pelik Nurul Huda Sebelum Maut Leher Tersangkut Kabel


    Ketika itu, mangsa anak kedua dari empat beradik membonceng motosikal yang ditunggangi sepupunya itu dalam perjalanan pulang dari Parit ke rumahnya di Kampung Panchor, di sini.
    Aida berkata, mereka pergi ke rumah neneknya, Sawiyah Kulop Amat, 80, yang dipanggil opah kira-kira jam 11 pagi hari kejadian kerana membantu warga emas berkenaan membuat rendang lambuk.

    “Rumah opah kami tidak jauh dari rumah kami dan sebenarnya arwah sudah agak lama tidak ke rumah opah kerana dia jarang keluar rumah.

    “Opah suruh kami tunggu hingga rendang dia masak dan sementara menunggu, arwah menyapu, mop lantai dan bersihkan rumah opah. Dia juga minta opah masak untuknya dan selepas makan barulah kami pulang ke rumah sendiri,” katanya yang turut tinggal berjiran dengan sepupunya itu.

    Aida turut mengajak sepupunya itu untuk menemaninya ke rumah seorang kawan di Layang-Layang Kanan kerana ada majlis keraian.

    “Arwah setuju untuk teman saya dan lebih kurang jam 3 petang kami berdua menaiki motosikal menuju ke sana.

    “Namun satu lagi kelainan yang ditunjukkan, dia mahu mukanya disolek sedangkan sebelum ini dia tak pernah berbuat demikian. Saya ikutkan sahaja kehendaknya dan tak syak apa-apa perkara buruk akan berlaku,” katanya.

    Katanya, apabila hampir tiba ke rumah kawannya bersama beberapa rakannya yang lain, arwah tiba-tiba berubah fikiran dan tidak mahu ke rumah kawannya itu.

    “Dia mengatakan kawan saya tidak mengajaknya untuk majlis makan berkenaan dan kami tak jadi ke sana tetapi menuju ke pekan Parit untuk makan cendol.

    “Namun disebabkan orang ramai kami hanya berada di Jambatan Cempakasari dan ketika itu arwah mahu saya membawa dia berjalan-jalan melalui jalan Belanja Kiri,” katanya.

    Katanya, ketika itu hujan mulai lebat dan mereka cuba mencari tempat berteduh namun tidak sempat apabila ada kabel yang merentang jalan menghalang perjalanan.

    “Saya menolak kabel berkenaan ke belakang dan tidak sangka ia terjerut leher sepupu sendiri menyebabkan dia terjatuh manakala saya ditindih oleh motosikal.

    “Orang ramai mula membantu kami sementara menunggu ambulans sampai dan saya hanya mampu menangis melihat keadaan Nurul Huda. Tak sangka dia pergi dahulu akibat kejadian itu kerana kami agak rapat memandangkan kami tinggal berdekatan selain hubungan sepupu,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, ketika kejadian hujan agak lebat dan tiba-tiba wayar kabel tiang di sebelah kiri terjatuh dan penunggang motosikal cuba mengelak kabel itu namun tersangkut di leher mangsa yang membonceng.

    “Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat,” katanya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad