SAYU !! VIRUS ITU MEREBAK KESELURUH OTAK DIA MAUT.. MANA NAK CARI RM 80K NAK KEBUMI JASAD NYA DI AUSTARLIA (6 GAMBAR)

SAYU !! VIRUS ITU MEREBAK KESELURUH OTAK DIA MAUT.. MANA NAK CARI RM 80K NAK KEBUMI JASAD NYA DI AUSTARLIA (6 GAMBAR)

SAYU !! VIRUS ITU MEREBAK KESELURUH OTAK DIA MAUT.. MANA NAK CARI RM 80K NAK KEBUMI JASAD NYA DI AUSTARLIA (6 GAMBAR)Batu Pahat : Sungguh perit perjalanan hidup pemuda 27 tahun ini, amat menyiksa kan kisah hidup nya mencari rezeki sebagai pengutip buah di negara orang sehinggakan dia temui ajal disana, namun selepas meninggal pun masih bermasalah untuk mencari sumber Kewangan bernilai RM80K bagi menampung kos rawatan dan kos pengebumian jasad nya disana.
Keluarga Mohammad Syahurilnal Shahrull Nizam, 27, yang meninggal dunia kelmarin akibat virus Influenza Streptococcus di The Northern Hospital, Epping, Melbourne, Australia memerlukan RM80,000 bagi membayar kos perubatan dan pengebumian arwah.

SAYU !! VIRUS ITU MEREBAK KESELURUH OTAK DIA MAUT.. MANA NAK CARI RM 80K NAK KEBUMI JASAD NYA DI AUSTARLIA (6 GAMBAR)

Waris keluarga, Farah Fadilah Mazlan, 30, berkata, setakat ini, pihaknya hanya dapat mengutip RM6,640 hasil sumbangan individu prihatin.
Jenazah Mohammad Syahurilnal akan dipindahkan ke sebuah pusat pengurusan mayat Muslim di Preston dalam waktu terdekat.





Farah Fadilah Mazlan
Farah Fadilah berkata, arwah ke Australia pada 12 Disember 2015 untuk bekerja sebagai pengutip anggur di sebuah ladang di Mildura, Victoria.
“Arwah bekerja selama enam bulan sebagai pengutip buah sebelum berhenti kerana ketiadaan permit kerja. Selepas itu, arwah bekerja sebagai pengutip sewa rumah bagi menampung hidupnya.
“Keluarga arwah mengambil keputusan untuk mengebumikan jenazahnya di Australia berikutan kekangan kewangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dia berkata, arwah mula mengalami sakit kepala yang teruk sejak tiga minggu lalu dan ditafsirkan sebagai migrain oleh doktor sebuah klinik di Mildura, 2 April lalu.
“Bagaimanapun, sakitnya tidak reda, malah semakin menjadi-jadi. Adakalanya arwah menangis kerana kesakitan.
“Pada 11 April lalu, saya menerima panggilan daripada ahli keluarganya memaklumkan arwah ditemui tidak sedar kan diri di katil di rumah sewanya sebelum dibawa ke Mildura Base Hospital.
“Pada mulanya doktor tidak dapat mengenal pasti virus yang menyerang Mohammad Syahurilnal dan mereka terpaksa mengambil air tulang belakangnya bagi mengetahui jenis penyakit terbabit.
“Ibunya, Che Sharina Shahid yang berusia 48 tahun enggan membenarkan prosedur itu, tetapi selepas doktor menasihatinya dengan bantuan seorang penterjemah menggunakan panggilan video, baru ibunya bersetuju,” katanya.
Farah Fadilah berkata, selepas prosedur itu, pihak Mildura Base Hospital merujuk Mohammad Syahurilnal ke The Northern Hospital.
“Doktor mengatakan virus itu merebak melalui jangkitan komuniti dan arwah tidak dapat di selamatkan kerana virus menyebabkan hampir keseluruhan otaknya mati,” katanya.

Semoga keluarga nya tabah dan ada insan-insan yang prihatin untuk membantu arwah bagi menampung kos RM80K yang diperlukan boleh hubungi Ibu saudara arwah Farah Fadilah Mazlan dilaman sosialnya. Al fatihah 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "SAYU !! VIRUS ITU MEREBAK KESELURUH OTAK DIA MAUT.. MANA NAK CARI RM 80K NAK KEBUMI JASAD NYA DI AUSTARLIA (6 GAMBAR)"