• Semasa

    Terkini: Amerika Lancarkan Peluru Berpandu Sasar Kemudahan Syria Sebagai Tindak Balas Isu Senjata Kimia





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Terkini: Amerika Lancarkan Peluru Berpandu Sasar Kemudahan Syria Sebagai Tindak Balas Isu Senjata KimiaPresiden Amerika Syarikat, Presiden Trump telah mengarahkan serangan peluru berpandu tehadap Syria dengan menyerang sebuah pangkalan udara Syria sebagai tindak balas kepada kerajaan Presiden Bashar Assad selepas didakwa melakukan serangan senjata kimia, lapor Yahoo News.

    Menurut pegawai-pegawai AS, mereka telah melepaskan sekurang-kurangnya 50 buah peluru berpandu Tomahawk dengan menyasarkan dua kapal perang di Laut Mediterranean dan pangkalan udara yang dikawal kerajaan di Syria yang didakwa merupakan markas utama dalam melancarkan serangan kimia sebelum ini

    Terkini: Amerika Lancarkan Peluru Berpandu Sasar Kemudahan Syria Sebagai Tindak Balas Isu Senjata Kimia

    Memetik laporan USA Today pula, ia merupakan serangan yang pertama dibawah pentadbiran Trump selepas beliau menyatakan akan mengambil tindakan jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal memainkan peranan selepas mendakwa Syria melancarkan serangan kimia mengorbankan kira-kira 80 orang orang awam dimana 27 daripadanya adalah kanak-kanak.

    Setiausaha Negara Amerika, Rex Tillerson berkata, Presiden Bashar Assad tidak lagi mempunyai hak untuk mentadbir Syria selepas serangan kimia minggu ini dan Amerika Syarikat sedang menilai tindak balas yang sesuai.

    Terkini: Amerika Lancarkan Peluru Berpandu Sasar Kemudahan Syria Sebagai Tindak Balas Isu Senjata Kimia

    Tillerson Khamis lalu menegasakan, tidak ragu lagi bahawa Assad merupakan dalan utama dalam serangan yang membunuh berpuluh-puluh orang yang tidak bersalah di dikuasai pemberontak utara Idlib dan dianggap salah satu serangan paling teruk dalam sejarah perang saudara Syria.

    Tillerson juga mengeluarkan amaran kepada Rusia bahawa ia harus "berhati-hati" sokongannya terhadap kerajaan Assad.

    Beliau berkata, imej wanita mati dan kanak-kanak sungguh tragis dan serangan seperti ini tidak boleh diterima.

    Serangan senjata kimia sebelum ini ke wilayah Idlib yang dikuasai pemberontak Khan Sheikhoun telah membunuh sekurang-kurangnya 80 orang, termasuk 27 kanak-kanak, menurut Balai Cerap Syria yang berpangkalan di UK untuk Hak Asasi Manusia. 

    Sumber: Siakapkeli.my

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad