• Semasa

    TERLALU KEPENATAN BUAT DUA KERJA DEMI SESUAP NASI.. IBU TUNGGAL INI MAUT MOTOSIKAL TERBABAS (2 GAMBAR)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    TERLALU KEPENATAN BUAT DUA KERJA DEMI SESUAP NASI.. IBU TUNGGAL INI MAUT MOTOSIKAL TERBABAS (2 GAMBAR)

    TERLALU KEPENATAN BUAT DUA KERJA DEMI SESUAP NASI.. IBU TUNGGAL INI MAUT MOTOSIKAL TERBABAS (2 GAMBAR)JEMPOL : Seorang ibu tunggal berusia 39 tahun yang melakukan dua kerja bagi menampung kehidupan keluarganya maut dalam satu kemalangan jalan raya ketika pulang dari tempat kerja kira-kira pukul 3 pagi ini.
    Mangsa, Azlina Md. Esa yang bekerja sebagai mak andam pada waktu siang dan pembantu kedai makan pada waktu malam maut apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 2 Jalan Bahau - Rompin di sini.

    TERLALU KEPENATAN BUAT DUA KERJA DEMI SESUAP NASI.. IBU TUNGGAL INI MAUT MOTOSIKAL TERBABAS (2 GAMBAR)

    Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa ketika kejadian dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Kasih Putra di Bahau, dekat sini dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave.
    "Mangsa pada waktu siang bekerja sebagai mak andam. Mangsa yang telah kematian suami mempunyai tiga orang anak berusia belasan tahun.
    "Dia membuat kerja sambilan sebagai pembantu kedai makan pada waktu malam. Kemalangan itu berlaku semasa mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sambilannya yang terletak kira-kira 7 kilometer dari rumahnya," katanya kepada pemberita hari ini.
    Noorzainy berkata, siasatan awal polis mempercayai kemalangan yang menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian tidak melibatkan kenderaan lain.
    Kata beliau, keadaan jalan di lokasi kejadian lurus dan kering, manakala cuaca dalam keadaan baik sewaktu kemalangan itu berlaku.
    Jelas beliau, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri bahu jalan dan hanya dia menggunakan jalan raya tersebut pada waktu itu.
    "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan kes itu disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad