• Semasa

    [Video] Berang telefon dirampas cikgu, pelajar nekad terjun dari tingkat 4





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Berang telefon dirampas cikgu, pelajar nekad terjun dari tingkat 4 - GUANGZHOU, CHINA - Seorang guru berjaya menghalang pelajarnya terjun dari tingkat empat bangunan sekolahnya.

    Berang telefon dirampas cikgu, pelajar nekad terjun dari tingkat 4


    Sebelum kejadian itu, pelajar lelaki berkenaan bertelagah dengan gurunya sebelum cuba melompat keluar dari balkoni tingkat empat itu di hadapan para pelajar yang lain.

    [Video] Berang telefon dirampas cikgu, pelajar nekad terjun dari tingkat 4


    Namun, guru lelaki itu segera menarik pinggang dan menghalang pelajar berkenaan dari terjun ke bawah sebelum dibantu beberapa guru yang lain. 


    Video kejadian itu telah dimuat naik di media sosial dan telah ditonton lebih dari sejuta kali. 

    Jurucakap sekolah berkenaan yang dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku di kampusnya selepas guru berkenaan merampas telefon bimbit pelajar terbabit. 

    "Polisi sekolah menetapkan, pelajar dilarang menggunakan telefon bimbit sewaktu kelas sedang berlangsung," katanya. 

    Susulan kejadian tersebut, pelajar yang tidak didedahkan identitinya itu telah dipindahkan ke sekolah lain. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad