• Semasa

    [Video] Wanita warga emas dilanggar lari





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    [Video] Wanita warga emas dilanggar lari

    [Video] Wanita warga emas dilanggar lari - GEORGE TOWN, PULAU PINANG - Seorang wanita warga emas terpelanting dan cedera dilanggar sebuah motosikal dalam kejadian pagi tadi. 

    Video kejadian yang dimuat naik oleh Yuan Loong itu kini viral di media sosial dan telah ditonton 188,023 kali dan dikongsi lebih 10,159 netizen. 


    Dalam kejadian jam 1.24 petang tadi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Burmah, mangsa sedang melintas jalan melalui garisan belang. Bagaimanapun, ketika hampir tiba di seberang jalan, datang sebuah motosikal lalu merempuh mangsa. 

    Suspek yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 itu kemudian terus melarikan diri meninggalkan mangsa yang tidak sedarkan diri di tengah jalan. 

    Lapor Kosmo, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.


    Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash berkata, pihaknya sedang mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal suspek dan usaha menjejakinya sedang giat dijalankan.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad