• Semasa

    Warga emas lacur isteri sendiri dengan upah RM20





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Warga emas lacur isteri sendiri dengan upah RM20

    Warga emas lacur isteri sendiri dengan upah RM20 - PADANG TERAP, KEDAH - Seorang lelaki warga emas sanggup melacur isterinya sendiri kepada rakan sebanyak dua kali untuk mendapatkan upah RM20 sejak bulan lalu, ditahan polis semalam, lapor Harian Metro

    Warga emas lacur isteri sendiri dengan upah RM20


    Dalam kejadian pertama 11 malam pada pertengahan Mac lalu, mangsa berusia 63 tahun dipaksa melakukan hubungan seks dengan rakan suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 61 tahun. 

    Suami mangsa yang berusia 69 tahun itu juga turut menyaksi perbuatan terkutuk itu sebayar menerima upah sebanyak RM20. 

    Difahamkan, mangsa pada mulanya enggan menuruti arahan suaminya, namun disebabkan lelaki itu panas baran dan mengugut akan memukulnya jika tidak mengikuti arahannya, menyebabkan mangsa akur dan kali terakhir dirogol pada Ahad lalu. 

    Mangsa yang tidak tahan menjadi hamba nafsu seks suspek kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Nerang, semalam. 

    Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. 

    Suami mangsa dan rakannya juga telah ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan 372B Kanun Keseksaan

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad