• Semasa

    "Ya, Kami Dah Bercerai" - Luah Datuk Seri Vida





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin. "Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

    "Ya, Kami Dah Bercerai" - Luah Datuk Seri Vida

    "Ya, Kami Dah Bercerai" - Luah Datuk Seri Vida

    Ditanya adakah dia terkesan dengan perpisahan tersebut, Vida berkata, perasaan kecewa masih menghantui dirinya kerana sebagai seorang wanita beliau sudah tentu mahukan hubungan tersebut kekal abadi.

    "Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya," katanya.

    Mengenai punca perpisahan mereka, Vida memberitahu beliau belum bersedia berkongsi perkara itu  kerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah.

    "Setakat ini, saya tak nak komen lebih-lebih nanti takut tersalah komen pula," katanya.

    "Ya, Kami Dah Bercerai" - Luah Datuk Seri Vida

    Pada masa sama, usahawan selebriti itu mengakui beliau tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut."Tidak... sakit ini biar saya yang tanggung," katanya.

    Tinjauan di laman Instagram Vida mendapati kali terakhir ahli perniagaan kelahiran Machang, Kelantan itu memuat naik gambar bersama suaminya ialah kira-kira 16 minggu lalu.

    Bagaimanapun, sumber rapat dengan Vida memberitahu, pasangan itu dalam proses penceraian secara rasmi.

    "Kalau ikut agama tu memang dah bercerai lah," katanya. - mStar.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad