• Semasa

    Bayi Maut Tercampak: Polis Kesan `Pemilik' Video Viral





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Bayi Maut Tercampak: Polis Kesan `Pemilik' Video Viral

    Bayi Maut Tercampak: Polis Kesan `Pemilik' Video ViralHULU SELANGOR: Polis sedang mengesan seorang pengguna media sosial yang memuat naik video kemalangan di Kilometer 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan, di laman Facebook, semalam. 

    Bayi Maut Tercampak: Polis Kesan `Pemilik' Video Viral


    Video berdurasi 34 saat itu yang menjadi viral menunjukkan satu kemalangan membabitkan sebuah kereta PROTON Persona menghimpit sebuah kereta PERODUA Axia di lokasi berkenaan. 

    Bagaimanapun, menurut laporan yang diterima polis, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu PROTON Persona yang memandu di lorong tengah mendakwa panik selepas berasa kenderaannya dihimpit dari sebelah kiri menyebabkan dia bertukar ke lorong kanan. 

    Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata setakat ini, hanya seorang mangsa tampil membuat laporan berhubung kemalangan terbabit. "Setakat ini, hanya pemandu kereta PROTON Pesona membuat laporan. Pemandu PERODUA Axia berada di Hospital Sungai Buloh (HSB) kerana masih trauma selepas kejadian itu," katanya. 

    Supramaniam berkata, pihak polis masih menyiasat kejadian ini dan berharap tiada spekulasi yang berlaku kerana akan mengganggu siasatan mereka. Kemalangan yang berlaku semalam, menyebabkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas tercampak dari kereta dinaiki bersama keluarganya. 

    Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu turut menyebabkan bapanya, Shahril Salleh, 32; ibu, Rafnah Mongudancgal, 35, serta dua abangnya, Aril Hakimi Ashraf, 11 dan Aril Zakuan Haris, 4, cedera ringan. 

    Bayi berkenaan, Aril Rizqin Redza Sharil disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang, kira-kira sejam selepas kejadian ketika menerima rawatan di HSB.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad