• Semasa

    "BF ajak check in hotel, tapi dia tak nak lalu ditinggalkan di tepi highway"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "BF ajak check in hotel, tapi dia tak nak lalu ditinggalkan di tepi highway"

    "BF ajak check in hotel, tapi dia tak nak lalu ditinggalkan di tepi highway"Pagi tadi masa on the way balik ke rumah sewa, ternampak seorang perempuan berjalan seorang diri di tepi highway. Saya ambil keputusan untuk patah balik dan dapatkan dia selepas 30 minit kemudian. 

    Mula-mula aku ternampak perempuan itu, aku rasa was-was nak tolong Takut sindiket jenayah ke apa. Aku masuk ke exit terdekat dan buat keputusan. 

    Tengah aku berfikir, tiba-tiba ada kereta polis lalu. Aku ride further dan nampak ada tiga kereta kemalangan. Aku terlupa tentang perempuan itu sekejap. 

    Selepas tiba di tempat kemalangan itu, aku tanya orang ramai di situ. Ada dua buah kereta kejar sebuah kereta penyamun dan terlanggar kereta penyamun itu. Mereka kata penyamun itu ada pedang samurai dan seorang daripada pemandu yang mengejar mereka dilibas sebelum melarikan diri masuk ke belukar tepi jalan. 

    Bila mereka kata penyamun-penyamun itu masuk belukar tepi jalan, aku terus teringat pada perempuan itu tadi. Belukar itu dekat saja dengan highway. 

    Lebih kurang 30 minit aku berada di lokasi kemalangan itu, aku kemudian menyusur tepi jalan dan masuk semula ke highway untuk mencari perempuan itu semula. Aku terkejut bila tengok dia masih ada di tepi jalan itu. 

    Mula-mula cuak juga nak tegur sebab sebelum ini pernah terkena. Aku beranikan diri dan tanya dia kenapa duduk di tepi highway. Dia kata dia tunggu kawan dia datang ambil. Aku pun pelik, macam mana kawan dia boleh tinggalkan dia di situ?

    Aku tak banyak tanya sebab dia macam keberatan nak cerita. Aku cerita pada dia tentang kes penyamun masuk belukar berdekatan itu. Aku suruh dia berhati-hati. Masa ini muka dia berubah jadi takut dan mula call kawan dia itu. Aku cakap dengan dia, aku boleh menemani dia di situ sementara menunggu rakannya datang. 

    Beberapa minit kemudian, kawan dia call dan beritahu dia sesat dalam perjalanan nak ke situ. Silap highway. Bongok betul. Aku cakap dengan mamat itu on the phone, nak guide dia. Mamat itu tak biasa jalan di kawasan Cyberjaya dan aku jelaskan macam mana pun memang dia lost. Jadi aku cakap, jumpa di restoran McDonald's Putrajaya berhampiran Jambatan Wawasan. 

    Aku cakap dengan perempuan itu yang aku boleh bawa dia ke sana kalau dia okay. Dia okay cuma dia pakai kain ketat gila dan memang susah nak naik motosikal. Dia tak adalah seksi sangat, pakai tudung, cuma kain dia ketat. Akhirnya dia naik motosikal aku, duduk mengiring ala-ala awek naik vespa zaman 70-an. 

    Aku bawa perlahan saja sebab takut dia tergolek. Sia-sia saja kang terbarai atas jalan. Agak jauh sebenarnya tempat aku jumpa dia dengan restoran McDonald's itu. 

    Bila dah sampai, kawan dia masih belum kelihatan lagi. Aku berborak sebentar dengan dia. Bengang betul aku rasa selepas dengar punca dia berada di tepi highway itu. 

    Dia keluar dengan boyfriend dan lelaki itu ajak dia check in di hotel tetapi dia tak nak. Mereka bergaduh dalam kereta dan lelaki itu tinggalkan dia di tepi highway. Aku rasa macam bangang gila boyfriend dia. Tak ada perikemanusiaan langsung. Bodoh gila nak mati. Malu betul aku lelaki seperti itu wujud. 

    Sumpah aku rasa kasihan pada perempuan itu. Mujur dia tak kena apa-apa semasa berada di tepi highway. Kalau kena culik ke, apa ke, lagi parah. 

    Tidak lama selepas itu, kawan dia pun sampai. Perempuan juga (sebab itu sesat LOL), katanya dia kakak saudara perempuan itu dan bekerja dengannya di sebuah taska di Putrajaya. Dia kata budak itu memang selalu keluar dengan boyfriend dia. Sudah ditegur banyak kali tetapi degil. 

    Perempuan ini baru 2 ke 3 bulan sampai ke Putrajaya, dari Terengganu. Culture shock dan kurang perhatian punya kes katanya. Itu yang ada boyfriend, meliar sikit terus. Umur dia baru 20 tahun, memang mudah terpengaruh. Tetapi alhamdulillah dia tidak terjebak untuk check in. Maknanya dia masih ada kekuatan nak jaga diri dia. 

    Kakak saudara dia beria-ria berterima kasih sebab dia lost gila nak ke tempat budak itu tadi. Nasib baik dia tahu lokasi restoran McDonald's Putrajaya. Dasar tahu makan saja. 

    By the way yang bercakap dengan aku masa on the phone di highway tadi adalah adik lelaki kakak saudara itu tadi. Dia yang drive (pun tak tahu jalan). Maaf atas kekeliruan. Masa jumpa di restoran McDonald's, kakak saudara dia saja yang keluar dari kereta berjumpa dengan aku dan budak itu. 

    Moral of the story:
    1. Learn how to say no. You have the rights
    2. Lelaki jangan jadi bangang abadi bila kena reject
    3. Beware who you trust
    4. Familiarize dengan jalan-jalan di sekitar tempat tinggal. Mudah identify location incase of emergency (case in point)
    5. Jangan jadi bangang abadi

    Aku cerita ini semua agar dijadikan sebagai pengajaran kepada semua. Yang lelaki, bersikap gentlemanlah walaupun kena reject. Yang perempuan, berhati-hati dengan siapa anda keluar. Kadang-kadang orang yang kita percayalah yang mengkhianati kepercayaan itu dan kita boleh jadi rasa susah nak percaya sesiapa pun lagi. 

    Nasihat terakhir, what you give you get back. Atas jalan ini banyak kes dah aku jumpa. Orang tolong kita, kita tolong orang balik. Jangan berkira. Aku pun banyak kali orang lain tolong aku time sangkut tepi jalan. Tolerate and be a human being. Tak baik tak apa, jangan bodoh tak ada humanity. 

    FAQ
    1. I didn't get her number and her name too. Not very important for me
    2. Belukar itu dekat dengan TM Centre Cyberjaya
    3. Aku bawa Honda EX5
    Dari Twitter @Adbshukrie

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad