• Semasa

    Bunuh bekas tunang, Muhammad Irshaduddin dijatuhkan hukuman gantung sampai mati





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Bunuh bekas tunang, Muhammad Irshaduddin dijatuhkan hukuman gantung sampai mati

    Bunuh bekas tunang, Muhammad Irshaduddin dijatuhkan hukuman gantung sampai mati - MUAR, JOHOR - Muhammad Irshaduddin Kahlis Nasuruddin, 25, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi semalam kerana membunuh bekas tunangnya di Kluang, dua tahun lalu, lapor Harian Metro

    Arwah Nursyafikah Ahmad Ismail, ditikam oleh bekas tunangnya dengan menggunakan sebilah pisau pada 10 April 2015, sekitar jam 5.40 petang di kawasan pasar raya Econsave, Jalan Mersing. 

    Muhammad Irshaduddin dilaporkan mengambil tindakan itu kerana cemburu bila mengetahui mangsa telah bertunang dengan lelaki lain dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh. 

    Muhammad Irshaduddin yang menerima hukuman itu sempat berkata, "Saya mohon maaf kepada semua" pada ahli keluarga arwah bekas tunangnya yang turut berada di perkarangan mahkamah sambil menitiskan air mata. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad